-
2 Raja-Raja 9:24Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
24 Yehu mengambil busurnya lalu memanah Yehoram. Anak panah itu terkena Yehoram di antara bahunya sehingga menembusi jantungnya, lalu dia rebah di dalam kereta kudanya.
-
-
2 Raja-Raja 24:3, 4Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 Sememangnya, semua kejadian ini berlaku atas perintah Yehuwa untuk menyingkirkan Yehuda dari pandangan-Nya,+ kerana semua dosa yang telah dilakukan oleh Manasye.+ 4 Manasye telah menumpahkan darah orang yang tidak bersalah+ sehingga darah mereka memenuhi seluruh Yerusalem, dan Yehuwa tidak mahu memberikan pengampunan.+
-
-
Lukas 11:49-51Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
49 Itulah sebabnya Tuhan juga berfirman dengan bijaksana, ‘Aku akan mengutus nabi dan rasul kepada mereka, tetapi ada yang akan dibunuh dan ada yang akan dianiaya oleh mereka. 50 Dengan demikian, generasi ini akan bertanggungjawab atas penumpahan darah semua nabi yang dibunuh sejak dunia diasaskan,*+ 51 daripada darah Habel+ sehingga darah Zakharia, yang dibunuh di antara mazbah dan Rumah Tuhan.’+ Aku berkata kepada kamu: Generasi ini akan dihukum kerana penumpahan darah itu.
-