PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • jl pelajaran 7
  • Bagaimanakah Perjumpaan Kami Diadakan?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bagaimanakah Perjumpaan Kami Diadakan?
  • Siapakah yang Sedang Melakukan Kehendak Yehuwa?
  • Bahan yang Berkaitan
  • Perjumpaan Mendorong Kita Menunjukkan Kasih dan Berbuat Baik
    Diorganisasikan untuk Melakukan Kehendak Yehuwa
  • Apakah Manfaat Perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Mengapakah Kita Berkumpul Bersama untuk Menyembah Tuhan?
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
  • Berhimpun untuk Menyembah Tuhan
    Kerajaan Tuhan Kini Memerintah!
Lihat Selanjutnya
Siapakah yang Sedang Melakukan Kehendak Yehuwa?
jl pelajaran 7

PELAJARAN 7

Bagaimanakah Perjumpaan Kami Diadakan?

Perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa di New Zealand

New Zealand

Perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa di Jepun

Jepun

Seorang Saksi muda di Uganda sedang membaca Bible

Uganda

Dua orang Saksi di Lithuania menunjukkan cara perbincangan Bible diadakan

Lithuania

Orang Kristian masa awal bernyanyi, berdoa, serta membaca dan membincangkan Bible semasa perjumpaan mereka, tanpa sebarang upacara keagamaan. (1 Korintus 14:26) Begitu juga dengan perjumpaan kami.

Ajaran yang disampaikan praktikal dan berdasarkan Bible. Pada hujung minggu, setiap sidang berkumpul untuk mendengar ceramah Bible selama 30 minit yang menjelaskan kaitan Bible dengan kehidupan kami dan zaman sekarang. Kami digalakkan untuk mengikuti perbincangan dalam Bible sendiri. Selepas ceramah, Pembelajaran “Menara Pengawal” diadakan selama sejam. Hadirin dijemput untuk mengambil bahagian semasa perbincangan rencana majalah Menara Pengawal. Perbincangan ini membantu kami menerapkan prinsip Bible dalam kehidupan. Maklumat yang sama turut dibincangkan di lebih daripada 110,000 buah sidang di seluas bumi.

Kemahiran mengajar kami diasah. Kami juga mengadakan perjumpaan pada malam pertengahan minggu. Perjumpaan yang mengandungi tiga bahagian ini dikenali sebagai Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita. Bahan yang digunakan adalah berdasarkan Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian yang disediakan setiap bulan. Bahagian perjumpaan yang pertama, iaitu Harta Karun dalam Firman Tuhan, membantu kami memahami bahagian Bible yang telah dibaca terlebih dahulu. Kemudian, bahagian Jadilah Penginjil yang Lebih Mahir mengandungi demonstrasi untuk menunjukkan cara mengadakan perbincangan Bible dengan seseorang. Seorang penasihat akan mencadangkan cara untuk memperbaik kemahiran membaca dan bertutur kami. (1 Timotius 4:13) Bahagian perjumpaan terakhir ialah Kehidupan Kristian Kita yang akan membahaskan cara untuk menerapkan prinsip Bible dalam kehidupan seharian kita. Bahagian ini mengandungi sesi soal jawab yang membantu kami memahami ajaran Bible dengan mendalam.

Apabila anda menghadiri perjumpaan kami, anda pasti kagum dengan kualiti pendidikan Bible yang diberikan.​—Yesaya 54:13.

  • Apakah yang akan anda pelajari di perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa?

  • Dapatkah anda menghadiri salah satu perjumpaan mingguan kami?

MARILAH BELAJAR

Kajilah bahan-bahan yang akan dibincangkan pada perjumpaan yang seterusnya. Perhatikan ajaran-ajaran Bible yang dapat membantu anda dalam kehidupan seharian.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi