PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 73 ms. 172-ms. 173 per. 2
  • Yohanes Mempersiapkan Orang untuk Kedatangan Mesias

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Yohanes Mempersiapkan Orang untuk Kedatangan Mesias
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • Tugas Penting Yohanes Pembaptis
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Yesus Menjadi Mesias
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Siapakah Yohanes Pembaptis?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • Yohanes Meminta Kepastian daripada Yesus
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
Lihat Selanjutnya
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 73 ms. 172-ms. 173 per. 2
Yohanes Pembaptis sedang mengajar orang di tebing Sungai Yordan

CERITA 73

Yohanes Mempersiapkan Orang untuk Kedatangan Mesias

Anak Zakharia dan Elisabet, iaitu Yohanes, menjadi seorang nabi apabila dewasa. Yehuwa menggunakan Yohanes untuk mengajar orang tentang kedatangan Mesias. Yohanes tidak mengajar di tempat orang beribadat, tetapi di padang belantara. Orang dari Yerusalem dan seluruh Yudea datang untuk belajar daripada Yohanes. Dia mengajar bahawa mereka harus berhenti melakukan perkara jahat untuk menggembirakan Tuhan. Selepas mendengar ajaran Yohanes, ramai yang bertaubat dan dibaptiskan olehnya di Sungai Yordan.

Yohanes hidup sederhana. Pakaiannya diperbuat daripada bulu unta, dan makanannya ialah belalang dan madu. Ramai orang ingin berjumpa dengan Yohanes, termasuk orang Farisi dan orang Saduki yang sombong. Yohanes memberitahu mereka, “Ubahlah hidup kamu dan bertaubat. Jangan fikir kamu istimewa. Kamu kata kamu anak Abraham, tapi ini tidak bermaksud kamu anak Tuhan.”

Ramai orang bertanya, “Apa kami perlu buat untuk menggembirakan Tuhan?” Yohanes berkata, “Jika kamu ada dua pakaian, beri satu pakaian kepada orang yang memerlukannya.” Tahukah adik mengapa dia berkata begitu? Dia ingin mengajar mereka untuk mengasihi orang lain kerana hal ini menyenangkan hati Tuhan.

Yohanes berkata kepada para pemungut cukai, “Kamu harus jujur dan jangan menipu.” Dia memberitahu askar-askar, “Jangan terima rasuah atau berbohong.”

Para imam dan orang Lewi juga menanya Yohanes, “Sebenarnya, kamu ini siapa? Semua orang ingin tahu.” Yohanes menjawab, “Sayalah orang yang berseru di padang belantara untuk memimpin orang kepada Yehuwa, seperti yang dikatakan Yesaya.”

Ramai yang suka mendengar ajaran Yohanes. Ada yang tertanya-tanya sama ada dia ialah Mesias. Tetapi Yohanes berkata, “Seseorang yang lebih berkuasa akan datang. Saya sendiri tidak layak membuka tali kasutnya. Saya membaptis orang dengan air, tetapi dia akan membaptis orang dengan kuasa suci Tuhan.”

“Dia datang sebagai saksi untuk memberikan kesaksian tentang cahaya itu, supaya melaluinya, segala macam orang akan percaya.”​—Yohanes 1:7

Soalan: Apakah tugas yang diberikan oleh Yehuwa kepada Yohanes? Apakah reaksi orang selepas mendengar ajaran Yohanes?

Matius 3:1-11; Markus 1:1-8; Lukas 3:1-18; Yohanes 1:19-28; Yesaya 40:3

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi