PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w12 1/3 ms. 4
  • ‘Sentiasa Patuhi Ajaranku’

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • ‘Sentiasa Patuhi Ajaranku’
  • Menara Pengawal—2012
  • Bahan yang Berkaitan
  • Berpegang Teguh pada Kebenaran yang Kita Miliki
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2021
  • Siapakah atau Apakah itu Firman Tuhan?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • Surat daripada Badan Pimpinan
    Bernaunglah Di Bawah Kasih Tuhan
Menara Pengawal—2012
w12 1/3 ms. 4

‘Sentiasa Patuhi Ajaranku’

“Jika kamu sentiasa mematuhi ajaranku, kamu benar-benar ialah muridku. Kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan membebaskan kamu.”​—YOHANES 8:31, 32.

Maksud: Ajaran Yesus berasal daripada Bapanya. Dia berkata, “Bapa yang mengutus aku telah memberikan perintah kepadaku tentang apa yang harus dikatakan dan apa yang harus disampaikan.” (Yohanes 12:49) Semasa dia berdoa kepada Yehuwa, Bapanya di syurga, Yesus kata, “Firman-Mu ialah kebenaran.” Dia sering mengutip ayat Bible semasa mengajar. (Yohanes 17:17; Matius 4:4, 7, 10) Maka, orang Kristian sejati pun harus “sentiasa mematuhi ajarannya.” Mereka menerima Firman Tuhan sebagai “kebenaran.” Semua kepercayaan dan amalan mereka adalah berdasarkan Bible.

Teladan Orang Kristian Awal: Rasul Paulus juga meneladani Yesus. Dia menulis, “Segenap Ayat-Ayat Suci diilhami oleh Tuhan dan berguna.” (2 Timotius 3:16) Lelaki Kristian yang dilantik untuk mengajar “harus berpegang teguh pada firman yang dapat dipercayai.” (Titus 1:7, 9) Orang Kristian masa awal juga digesa untuk menolak “falsafah dan tipu daya kosong yang berdasarkan adat istiadat manusia, yang berdasarkan perkara-perkara asas di dalam dunia, dan yang tidak berdasarkan ajaran Kristus.”​—Kolose 2:8.

Siapa yang Mengikut Teladan Mereka Hari Ini?: Menurut Catechism of the Catholic Church, “adat tradisi adalah sama penting dengan Ayat-Ayat Suci. Maka, ajaran Gereja Katolik tidak berdasarkan Ayat-Ayat Suci sahaja.” Sebuah rencana dalam majalah Maclean’s memetik kata-kata seorang pemimpin Kristian di Toronto, Kanada. Dia berkata, “Kita ada idea sendiri yang bijak. Jadi, mengapa kita perlu dikekang oleh Bible dan ajaran Yesus dari 2,000 tahun dulu?”

Mengenai Saksi-Saksi Yehuwa pula, buku New Catholic Encyclopedia kata, “Mereka menganggap Bible sebagai satu-satunya asas kepercayaan dan prinsip hidup.” Baru-baru ini di Kanada, seorang lelaki berkata kepada seorang Saksi yang sedang memegang Bible, “Saya tahu kamu Saksi kerana kamu selalu guna Bible.”

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi