Pengumuman
◼ Tawaran bahan bacaan untuk bulan Januari: Mana-mana buku dengan 192 muka surat yang dicetak pada kertas yang menguning atau bertukar warna atau mana-mana buku yang diterbitkan sebelum tahun 1991. Jika sidang tidak mempunyai stok buku-buku sedemikian, gunakan buku Knowledge atau brosur Keep on the Watch! Februari: Draw Close to Jehovah. Jika sidang tidak mempunyai buku ini, edisi lama Revelation Climax atau sebuah buku lama yang lain boleh ditawarkan. Mac: Buku Bible Teach. Berusahalah dengan lebih bersungguh-sungguh untuk memulakan pembelajaran Bible. April: Dua majalah tempatan. Apabila membuat kunjungan kembali pada mereka yang berminat, termasuk mereka yang menghadiri upacara Peringatan dan/atau acara teokratik lain tetapi tidak bergaul aktif dengan sidang, berusahalah untuk meninggalkan buku Bible Teach dengan tujuan memulakan pembelajaran Bible.
◼ Bermula pada bulan Februari dan tidak lewat daripada 4 Mac, tajuk ceramah umum yang baru untuk para penyelia litar ialah “Dunia Baru Tuhan—Siapakah yang Layak Masuk?”
◼ Program video Young People Ask—What Will I Do With My Life? akan dibincangkan dalam Perjumpaan Aktiviti Penyebaran pada bulan April. Jika perlu, salinan video patut dipesan melalui sidang secepat mungkin.
◼ Bahan bacaan bahasa Cina kita diterbitkan dalam dua skrip. Secara amnya, penduduk Hong Kong dan Taiwan membaca skrip tradisional yang kita namakan “Chinese” (CH). Kebanyakan pembaca bahasa Cina lain biasanya membaca skrip yang dipermudahkan yang dirujuk sebagai “Simplified Chinese” (CHS). Oleh sebab skrip yang dibaca oleh seseorang tidak mempunyai hubung kait dengan dialek yang dituturnya seperti Kantonis, Mandarin atau yang lain, adalah penting untuk menentukan skrip yang digemarinya. Buku kecil Good News for People of All Nations, muka surat 7-8, boleh digunakan untuk membuat perbandingan. Dengan cara ini, bahan bacaan dalam skrip yang betul dapat dipesan.
◼ Sidang patut membuat persiapan yang sewajarnya untuk menyambut upacara Peringatan tahun ini, iaitu pada hari Isnin, 2 April, selepas matahari terbenam. Walaupun ceramah boleh dimulakan lebih awal, pemberian dan penerimaan lambang-lambang tidak harus dimulakan sehingga selepas matahari terbenam. Dapatkan maklumat daripada sumber tempatan seperti jabatan kaji cuaca untuk menentukan waktu matahari terbenam di kawasan anda. Setiap sidang patut cuba mengadakan upacara Peringatan masing-masing. Namun, hal ini tidak selalunya dapat dilakukan. Apabila secara lazim beberapa sidang menggunakan Dewan Perjumpaan yang sama, mungkin satu atau beberapa sidang boleh mendapatkan tempat lain untuk upacara malam tersebut. Di mana boleh, kami mencadangkan tempoh minima selama 40 minit diperuntukkan sebelum program berikutnya bermula, agar semua yang hadir boleh mendapat manfaat sepenuhnya daripada pergaulan selepas upacara Peringatan. Perhatian juga patut diberikan kepada keadaan trafik dan perihal letak kereta termasuk turun naik penumpang. Badan penatua patut memutuskan aturan yang paling baik bagi sidang tempatan.
◼ Semua setiausaha sidang harus memastikan mereka mempunyai surat pelantikan perintis (S-202) untuk setiap perintis biasa dalam sidang. Jika tiada, mereka harus memaklumkan pejabat cawangan secara bertulis.