Pengumuman
◼ Tawaran bahan bacaan untuk bulan Mei: Dua majalah tempatan. Semasa membuat kunjungan kembali ke atas mereka yang berminat, termasuk mereka yang menghadiri Peringatan atau acara teokratik yang lain tetapi tidak bergaul aktif dengan sidang, tumpukan perhatian pada usaha untuk memulakan pembelajaran Bible dengan menggunakan buku Bible Teach. Jun: Buku Creator atau buku Family Happiness. Julai dan Ogos: Mana-mana brosur 32 halaman yang berikut: A Book for All People, The Government That Will Bring Paradise, Does God Really Care About Us?, Keep on the Watch!, A Satisfying Life—How to Attain It, Everlasting Life in Paradise!, “Look! I Am Making All Things New”, The Divine Name That Will Endure Forever, What Is the Purpose of Life? How Can You Find It?, Spirits of the Dead—Can They Help You or Harm You? Do They Really Exist?, Should You Believe in the Trinity?, dan When Someone You Love Dies.
◼ Sumbangan kepada kerja sedunia yang diberikan melalui cek semasa di konvensyen-konvensyen distrik dan yang dikirimkan ke pejabat cawangan harus ditujukan kepada “Pertubuhan Bible dan Risalah Watchtower Malaysia.” Alamat pejabat cawangan ialah WATCHTOWER, Peti Surat No. 580, 75760 Melaka, Malaysia.
◼ Badan-badan penatua harus mengkaji semula surat bertarikh 6 Julai 2006 yang berkenaan dengan persiapan untuk menghadapi bencana dan memastikan bahawa mereka mempunyai maklumat perhubungan yang terkini bagi setiap penyiar. Di kawasan-kawasan yang sering dilanda bencana, maklumat tambahan untuk perhubungan kecemasan perlu diperoleh. Tentu sekali, selain daripada masa kecemasan, adalah baik jika para penyiar memaklumkan penyelia Kumpulan Pembelajaran Buku mereka atau penatua lain jika mereka tidak dapat menghadiri perjumpaan tempatan untuk jangka masa yang agak panjang kerana bercuti, berniaga, dimasukkan ke hospital, dan sebagainya.