PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 10/07 ms. 7
  • Ulang Kaji Sekolah Penyebaran Teokratik

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Ulang Kaji Sekolah Penyebaran Teokratik
  • Kerja Teokratik Kita—2007
Kerja Teokratik Kita—2007
km 10/07 ms. 7

Ulang Kaji Sekolah Penyebaran Teokratik

Soalan-soalan berikut akan dibincangkan di Sekolah Penyebaran Teokratik pada minggu bermula 29 Oktober 2007. Penyelia sekolah akan mengendalikan ulang kaji lisan selama 30 minit berdasarkan bahan yang diliputi dalam tugasan-tugasan pada minggu bermula 3 September hingga 29 Oktober 2007.

KUALITI PERTUTURAN

1. Mengapakah pengulangan merupakan teknik pengajaran yang penting? [be ms. 206 per. 1-2, kotak]

2. Bagaimanakah kita dapat menyoroti tema sebuah ceramah? [be ms. 210, kotak]

3. Apakah isi-isi penting dalam sebuah ceramah, dan apakah yang membantu penceramah untuk menentukan isi-isi mana yang perlu dipilih? [be ms. 212 per. 1-3]

4. Mengapakah kita tidak patut memuatkan terlalu banyak isi penting dalam sebuah ceramah? [be ms. 213 per. 2-4]

5. Mengapakah kata-kata pengenalan kita perlu membangkitkan minat? Bagaimanakah hal ini dapat dilakukan? [be ms. 215 per. 1; ms. 216 per. 1-3, kotak]

TUGASAN NO. 1

6. Bagaimanakah Mazmur 119:​89, 90 membantu kita untuk menyedari bahawa kita dapat bergantung pada firman Tuhan? [w05 4/15 ms. 15 per. 3]

7. Apakah yang ditekankan oleh buku Yehezkiel? Apakah yang akan dinikmati oleh mereka yang hidup dan menyembah Yehuwa sekarang, selaras dengan cara yang diperkenankan-Nya? [si ms. 137 per. 33]

8. Bagaimanakah “firman [Yehuwa]” melindungi hati kita? (Mzm. 18:31) [w05 9/1 ms. 30 per. 2]

9. Dalam buku Daniel, bagaimanakah harapan Kerajaan Tuhan ditekankan dari mula sampai akhir? [si ms. 142 per. 23]

10. Bagaimanakah buku Hosea memperkuat kepercayaan kita akan nubuat-nubuat Yehuwa yang diilhamkan? [si ms. 145 per. 14]

PEMBACAAN BIBLE MINGGUAN

11. Apakah erti pengukuran rumah Tuhan dalam penglihatan Yehezkiel? Dewasa ini, apakah jaminan yang dapat kita peroleh daripada hal ini? (Yeh. 40:​2-5) [w99 3/1 ms. 9 per. 6; ms. 14 per. 7]

12. Siapakah “penguasa yang memerintah” dalam penunaian terakhir penglihatan Yehezkiel? (Yeh. 48:​21, 22) [w99 3/1 ms. 16 per. 13-15; ms. 22-3 per. 19-20]

13. Apakah maksud Daniel 2:21? [w98 9/15 ms. 12 per. 9]

14. Apakah yang menjadikan Daniel seorang yang sangat dikasihi dari sudut pandangan Yehuwa? (Dan. 9:23) [dp ms. 185 per. 12; w04 8/1 ms. 12 per. 17]

15. Apakah ertinya penduduk Israel tidak ada pengetahuan dan “tidak mengakui [Yehuwa] sebagai [Tuhan]” Israel? Bagaimanakah kata-kata ini harus mempengaruhi kita sebagai individu? (Hos. 4:​1, 2, 6) [w05 11/15 ms. 21 per. 21; jd ms. 57-8 per. 5; ms. 61 per. 10]

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi