PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 10/07 ms. 1
  • Berikan Harapan kepada Mereka yang Miskin

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Berikan Harapan kepada Mereka yang Miskin
  • Kerja Teokratik Kita—2007
Kerja Teokratik Kita—2007
km 10/07 ms. 1

Berikan Harapan kepada Mereka yang Miskin

1 Yesus menunjukkan keprihatinan kepada mereka yang miskin. Ada kalanya dia melakukan mukjizat-mukjizat untuk memenuhi keperluan kebendaan mereka dan menyembuhkan mereka yang sakit. Namun, tumpuannya berpusat pada kerja mengumumkan “berita baik” kepada mereka yang miskin. (Mat. 11:⁠5) Aktiviti penyebaran Kristian yang dijalankan hari ini terus mendatangkan faedah kepada mereka yang miskin dan kepada orang lain.​—Mat. 24:14; 28:​19, 20.

2 Harapan Sebenar: Pemimpin-pemimpin gereja selalu memberikan harapan kepada mereka yang miskin dengan mengatakan bahawa jika mereka menderma kepada gereja dengan murah hati, mereka akan menjadi kaya. Tetapi Bible mengajarkan bahawa hanya Kerajaan Tuhan yang akan membasmi kemiskinan dan menyelesaikan semua masalah manusia. (Mzm. 9:19; 145:16; Yes. 65:​21-23) Dengan menunjukkan apa yang sebenarnya diajarkan dalam Bible kepada mereka yang miskin, kita memberi mereka harapan seraya membantu mereka untuk memenuhi keperluan rohani mereka.​—Mat. 5:⁠3.

3 Orang Farisi pada zaman Yesus memandang hina terhadap mereka yang miskin lalu memanggil mereka ‘am-ha·’aʹrets, atau “penduduk tanah”. Namun, bagi Yesus “kehidupan” atau nyawa mereka adalah “berharga”. (Mzm. 72:​13, 14) Kita boleh meniru Yesus dengan bersimpati dan berbuat “baik terhadap orang miskin.” Dengan berbuat demikian, kita sedang menunjukkan keprihatinan kepada mereka. (Ams. 14:31) Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang merendah-rendahkan orang yang hidup di kawasan orang miskin atau berasa keberatan untuk memberi kesaksian kepada mereka. Kebanyakan orang yang menyambut baik berita Kerajaan Tuhan ialah orang miskin.

4 Dibantu Sekarang: Mengajarkan prinsip-prinsip Bible kepada mereka yang miskin di kawasan penyebaran kita akan membantu mengurangkan kesan-kesan kemiskinan yang dialami oleh mereka sekarang. Sebagai contoh, Bible mengutuk pemabukan, perjudian, kemalasan, amalan merokok, dan amalan-amalan lain yang menyebabkan kemiskinan. (Ams. 6:​10, 11; 23:​20, 21; 2 Kor. 7:1; Ef. 5:⁠5) Bible menggalakkan kejujuran dan pekerjaan yang dilakukan “dengan sepenuh hati,” yakni sifat-sifat yang diharapkan oleh majikan daripada pekerja-pekerja. (Kol. 3:​22, 23; Ibr. 13:18) Melalui satu tinjauan yang telah dijalankan, didapati bahawa kebanyakan majikan menganggap kejujuran dan integriti sebagai sifat-sifat yang sangat penting bagi calon pekerja.

5 Yehuwa mengambil berat akan orang miskin yang menderita. Tidak lama lagi, Yesus Kristus akan menyelamatkan “orang miskin yang berseru kepadanya.” (Mzm. 72:12) Sementara menantikan masa itu, kita mempunyai peluang istimewa untuk melegakan hati orang lain, termasuklah mereka yang miskin, dengan memberitahu mereka berita daripada Bible yang memberikan harapan.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi