PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 12/07 ms. 5
  • Pengumuman

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Pengumuman
  • Kerja Teokratik Kita—2007
Kerja Teokratik Kita—2007
km 12/07 ms. 5

Pengumuman

◼ Tawaran bahan bacaan untuk bulan Disember: The Greatest Man Who Ever Lived. Anda juga boleh menawarkan buku Draw Close to Jehovah atau buku The Secret of Family Happiness. Januari: Mana-mana buku dengan 192 muka surat yang mempunyai kertas yang sudah menguning atau mana-mana buku yang diterbitkan sebelum tahun 1991. Jika sidang tidak mempunyai stok untuk buku-buku ini, tawarkan buku Knowledge atau brosur Keep on the Watch! Februari: Is There a Creator Who Cares About You? atau The Secret of Family Happiness. Mac: What Does the Bible Really Teach? Berikhtiarlah untuk memulakan pembelajaran Bible.

◼ Seseorang yang ditugaskan oleh koordinator badan penatua patut mengaudit akaun sidang bagi bulan September, Oktober, dan November. Orang yang sama tidak patut ditugaskan secara berturut-turut untuk mengaudit akaun. Selepas akaun diaudit, pengumuman harus dibuat kepada sidang ekoran pembacaan laporan kewangan yang berikutnya.​—Lihat Instructions for Congregation Accounting (S-27) [Arahan bagi Perakaunan Sidang].

◼ Sila ambil perhatian: Sambutan Peringatan untuk tahun 2009 akan jatuh pada hari Khamis, 9 April, selepas matahari terbenam. Tarikh ini diumumkan sekarang supaya saudara-saudara dapat membuat tempahan dewan jika perlu. Hal ini penting terutamanya apabila beberapa sidang menggunakan Dewan Perjumpaan yang sama. Jika sidang perlu menyewa sebuah dewan untuk Sambutan Peringatan, para penatua sidang patut mencapai persetujuan dengan pihak pengurusan dewan. Mereka harus memastikan bahawa pada malam itu, tidak ada aktiviti lain yang akan mengganggu sambutan Peringatan. Dengan itu, sambutan Peringatan dapat berlangsung dengan baik dan teratur.

◼ Seperti yang telah diumumkan dalam majalah pembelajaran (E) 15 Disember 2007, teks tahunan untuk 2008 ialah “Berdiri teguh dan lihatlah penyelamatan daripada Yehuwa.”​—Keluaran 14:​13, NW.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi