PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 1/08 ms. 7
  • Pengumuman

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Pengumuman
  • Kerja Teokratik Kita—2008
Kerja Teokratik Kita—2008
km 1/08 ms. 7

Pengumuman

◼ Tawaran bahan bacaan untuk bulan Januari: What Does the Bible Really Teach? Jika penghuni rumah sudah mempunyai buku tersebut, para penyiar boleh menawarkan mana-mana buku dengan 192 muka surat yang mempunyai kertas yang sudah menguning atau mana-mana buku yang diterbitkan sebelum tahun 1992. Februari: Is There a Creator Who Cares About You? atau The Secret of Family Happiness. Mac: What Does the Bible Really Teach? Berikhtiarlah untuk memulakan pembelajaran Bible. April: Dua majalah tempatan. Berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh untuk mengunjungi orang baharu yang berminat yang telah menghadiri sambutan Peringatan dan ceramah umum istimewa tetapi yang tidak bergaul aktif dengan sidang. Tujuan kunjungan-kunjungan ini adalah untuk memulakan pembelajaran Bible dengan mereka yang belum berbuat demikian.

◼ Kita mempunyai peluang yang baik untuk menjadi perintis sokongan pada bulan Mac kerana bulan ini mempunyai lima hari Sabtu dan lima hari Ahad.

◼ Bermula pada bulan Februari dan tidak lewat daripada 2 Mac, ceramah umum baharu bagi para penyelia litar ialah “Dari Manakah Anda Boleh Mendapat Bantuan semasa Menghadapi Kesusahan?”

◼ Sidang-sidang patut membuat persiapan yang diperlukan untuk sambutan Peringatan tahun ini yang akan diadakan pada hari Sabtu, 22 Mac, selepas matahari terbenam. Walaupun ceramah boleh disampaikan lebih awal, lambang-lambang tidak patut diedarkan sehingga selepas matahari terbenam. Dapatkan maklumat tentang waktu matahari terbenam di kawasan anda. Setiap sidang patut mencuba mengadakan sambutan Peringatan sendiri. Namun, kadangkala hal ini tidak dapat dilakukan. Sekiranya sebuah Dewan Perjumpaan dikongsi oleh beberapa buah sidang, satu atau beberapa buah sidang boleh menggunakan tempat lain untuk sambutan Peringatan. Jika boleh, kami mencadangkan supaya sekurang-kurangnya selang masa 40 minit diperuntukkan sebelum program yang seterusnya bermula. Dengan demikian, para hadirin dapat menikmati pergaulan yang membina selepas sambutan Peringatan. Beri perhatian pada tempat letak kenderaan dan tempat menurunkan dan mengambil penumpang. Badan penatua patut memutuskan aturan-aturan yang paling sesuai dengan keadaan tempatan.

◼ Semua setiausaha sidang harus memastikan bahawa mereka mempunyai surat pelantikan perintis (S-202) bagi setiap perintis biasa dalam sidang. Jika tidak, mereka harus menyurati pejabat cawangan.

◼ Bermula dari minggu 4 Ogos 2008, kita akan membincangkan buku Live With Jehovah’s Day in Mind dalam Kumpulan Pembelajaran Buku.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi