Pengumuman
◼ Tawaran bahan bacaan untuk bulan Mac: What Does the Bible Really Teach? Berikhtiarlah untuk memulakan pembelajaran Bible. April dan Mei: Dua majalah tempatan. Berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh untuk mengunjungi orang baharu yang berminat yang telah menghadiri sambutan Peringatan dan ceramah umum istimewa tetapi tidak bergaul aktif dengan sidang. Tujuan kunjungan-kunjungan ini adalah untuk menggalakkan mereka supaya mempelajari Bible dengan kita jika mereka belum berbuat demikian. Jun: The Bible—God’s Word or Man’s? Sidang yang tidak mempunyai bekalan bahan-bahan bacaan ini boleh menawarkan buku Worship the Only True God.
◼ Sidang-sidang harus mengedarkan terbitan majalah tempatan terkini kepada para penyiar sebaik sahaja bekalan diterima. Dengan ini, mereka dapat mengenali isi kandungan majalah sebelum menawarkan majalah tersebut dalam aktiviti penyebaran.
◼ Seseorang yang ditugaskan oleh koordinator badan penatua patut mengaudit akaun sidang bagi bulan Disember, Januari dan Februari. Pengauditan yang seterusnya tidak patut ditugaskan kepada orang yang sama. Selepas akaun diaudit, pengumuman harus dibuat kepada sidang ekoran pembacaan laporan kewangan yang berikutnya.—Lihat Instructions for Congregation Accounting (S-27) [Arahan bagi Perakaunan Sidang].
◼ Laporan Aktiviti Penyebaran bulan Disember tidak dimuatkan dalam terbitan Kerja Teokratik Kita bulan ini. Laporan tersebut akan didapati dalam terbitan bulan April.