PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 8/09 ms. 5
  • Ulang Kaji Sekolah Penyebaran Teokratik

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Ulang Kaji Sekolah Penyebaran Teokratik
  • Kerja Teokratik Kita—2009
Kerja Teokratik Kita—2009
km 8/09 ms. 5

Ulang Kaji Sekolah Penyebaran Teokratik

Soalan-soalan berikut akan dibincangkan semasa Sekolah Penyebaran Teokratik pada minggu bermula 31 Ogos 2009. Penyelia sekolah akan mengendalikan ulang kaji lisan selama 20 minit berdasarkan bahan yang diliputi dalam tugasan-tugasan pada minggu bermula 6 Julai hingga 31 Ogos 2009.

1. Mengapakah hukuman mati ditetapkan untuk sesiapa yang “mengutuk” ibu bapanya? (Im. 20:9) [w04 (E) 5/15 ms. 24 per. 6]

2. Memandangkan semua orang lelaki Israel dikehendaki hadir untuk Perayaan Roti Tidak Beragi, siapakah yang menuai hasil pertama barli untuk dipersembahkan kepada Yehuwa? (Im. 23:5, 11) [w07 (E) 7/15 ms. 26 per. 3]

3. Apakah yang dilambangkan oleh “tahun yang kelima puluh”? (Im. 25:10, 11) [w04 (E) 7/15 ms. 26-27]

4. Adakah “panji” dan “lambang” yang disebut di Bilangan 2:2 mempunyai apa-apa maksud keagamaan bagi orang Israel? [w02 (E) 9/15 ms. 21 per. 4]

5. Sikap apa yang ditunjukkan oleh penghebah Kerajaan Tuhan sepenuh masa dewasa ini yang serupa dengan sikap orang Nazir pada zaman Israel kuno? (Bil. 6:3, 5-7) [w04 (E) 8/1 ms. 24-25]

6. Apakah prinsip yang terkandung dalam hukum tentang persaraan orang Lewi yang boleh diterapkan oleh umat Yehuwa hari ini? (Bil. 8:25, 26) [w04 (E) 8/1 ms. 25 per. 1]

7. Bagaimanakah orang Israel menunjukkan sikap mementingkan iri? Apakah pengajarannya bagi orang Kristian dewasa ini? (Bil. 11:4) [w01 (E) 6/15 ms. 14-15; w95 (E) 3/1 ms. 15 per. 10]

8. Mengapakah hanya Miryam yang kena penyakit kusta? Apakah iktibar penting yang boleh dipelajari daripada hal ini? (Bil. 12:9-11) [w04 (E) 8/1 ms. 26 per. 2; it-2 (E) ms. 415 per. 1]

9. Mengapakah Yosua dan Kaleb mengatakan bahawa umat Israel dapat mengalahkan penduduk Kanaan “dengan mudah”? (Bil. 14:9) [w06 (E) 10/1 ms. 16 per. 5; it-1 (E) ms. 363-364]

10. Apakah amaran yang terdapat dalam contoh di Bilangan 21:4, 5? [w99 (E) 8/15 ms. 26-27]

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi