Pengumuman
◼ Tawaran bahan bacaan untuk September: Apakah yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Kita? Bahasa lain: Buku “Bible Ajarkan” (What Does the Bible Really Teach?) Para penyiar akan mencuba seboleh-bolehnya untuk memulakan pembelajaran Bible pada kunjungan pertama semasa menawarkan bahan bacaan ini. Tunjukkan kepada penghuni rumah cara memanfaatkan bahan bacaan ini dengan mengadakan satu sesi pembelajaran Bible yang ringkas. Oktober: Dua majalah Malaysia. Jika penghuni menunjukkan minat, tunjukkan dan bincangkan risalah Adakah Anda Ingin Mengetahui Kebenaran? Jika mereka sudah mempunyai risalah ini, para penyiar patut berusaha memulakan satu pembelajaran Bible dengan menggunakan brosur Dikehendaki. November: Apakah yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Kita? Bahasa lain: Buku “Bible Ajarkan.” Jika penghuni rumah sudah mempunyai buku ini, tawarkan mana-mana buku 192 muka surat yang mempunyai kertas yang sudah menguning atau mana-mana buku yang diterbitkan sebelum tahun 1995. Disember: Apakah yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Kita? Bahasa lain: Buku “Tokoh Terbesar” (The Greatest Man Who Ever Lived). Jika penghuni rumah mempunyai anak-anak, tawarkan Kehidupan Abadi di Firdaus! Bahasa lain: Buku “Guru Agung” (Learn From the Great Teacher).
◼ Ceramah umum istimewa bagi musim Peringatan 2010 akan disampaikan pada minggu 12 April 2010. Tajuk ceramah akan diumumkan kelak. Sidang-sidang yang mempunyai kunjungan penyelia litar atau perhimpunan pada minggu tersebut akan mengadakan ceramah istimewa pada minggu yang berikutnya. Semua sidang tidak boleh mengadakan ceramah istimewa sebelum 12 April.