PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 4/11 ms. 8
  • Pengumuman

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Pengumuman
  • Kerja Teokratik Kita—2011
Kerja Teokratik Kita—2011
km 4/11 ms. 8

Pengumuman

◼ Tawaran bahan bacaan bagi April dan Mei: Majalah Malaysia. Semasa kembali untuk mengunjungi mereka yang berminat, termasuk mereka yang menghadiri sambutan Peringatan atau acara teokratik yang lain tetapi tidak bergaul aktif dengan sidang, berusahalah untuk menawarkan brosur Dikehendaki dengan tujuan memulakan pembelajaran Bible. Bahasa lain: Buku “Bible Ajarkan.” Jun: Apakah yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Kita? Bahasa lain: Buku “Bible Ajarkan.” Jika penghuni rumah sudah mempunyai bahan bacaan ini, tawarkan mana-mana buku 192 muka surat yang mempunyai kertas yang sudah menguning atau mana-mana buku yang diterbitkan sebelum tahun 1995. Julai: Mana-mana brosur 32 muka surat berikut yang menarik bagi penduduk tempatan: Adakah Kehidupan Diciptakan?, Kehidupan Abadi di Firdaus!, “Adakah Tuhan Mengambil Berat” (Does God Really Care About Us?), “Berjaga-jagalah!” (Keep on the Watch!), “Tritunggal” (Should You Believe in the Trinity?), “Buku bagi Semua Orang” (A Book for All People), “Nama Tuhan” (The Divine Name That Will Endure Forever), “Kerajaan Tuhan” (The Government That Will Bring Paradise), “Tujuan Hidup” (What Is the Purpose of Life? How Can You Find It?), “Apabila Seseorang Meninggal” (When Someone You Love Dies), “Roh Orang Mati” (Spirits of the Dead—Can They Help You or Harm You? Do They Really Exist?), “Lihatlah!” (“Look! I Am Making All Things New”), “Haluan” (The Pathway to Peace and Happiness) (bagi orang beragama Buddha), “Kehidupan yang Memuaskan” (A Satisfying Life—How to Attain It) (bagi orang yang tidak percaya akan satu Pencipta yang mempunyai keperibadian dan terdapat kitab yang dilihamkan oleh-Nya), dan “Kedamaian Kekal” (Lasting Peace and Happiness—How to Find Them) (bagi orang Cina).

◼ Jadual perjumpaan pada minggu sebelum konvensyen distrik boleh diubah bagi membincangkan nasihat dan peringatan untuk konvensyen. Satu atau dua bulan selepas konvensyen anda, bahagian keperluan tempatan boleh digunakan untuk mengulang kaji isi-isi konvensyen yang didapati berkesan dalam kerja penyebaran.

◼ Bermula bulan Mei, semua sidang patut mengekhaskan hari Sabtu pertama setiap bulan untuk memulakan pembelajaran Bible. Siri rencana dalam Majalah Malaysia yang bertajuk “Belajarlah daripada Firman Tuhan” (Learn From God’s Word) telah disediakan untuk tujuan ini. Halaman belakang setiap naskhah Kerja Teokratik Kita akan mengandungi contoh penyampaian bagi bulan yang seterusnya, termasuk satu cadangan untuk memulakan pembelajaran Bible pada hari Sabtu pertama.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi