Ulang Kaji Sekolah Penyebaran Teokratik
Soalan-soalan yang berikut akan dibincangkan semasa Sekolah Penyebaran Teokratik pada minggu bermula 29 Ogos 2011.
1. Bagaimanakah nubuat berkenaan Mesias di Mazmur 69:5 menjadi kenyataan? [w11 8/15 ms. 11 per. 17]
2. Bagaimanakah nubuat bahawa Mesias akan diberi cuka sebagai minuman digenapi? (Mzm. 69:22) [w11 8/15 ms. 15 per. 15]
3. Mengapakah penulis Mazmur berkata, “Sia-sia sahaja aku menjaga hatiku supaya suci, tiada gunanya aku menjauhi dosa”? (Mzm. 73:13) [w11 9/15 ms. 8, 9 per. 8]
4. Apakah yang terjadi kepada Asaf apabila dia ‘masuk ke dalam Rumah Tuhan’? (Mzm. 73:17) [w11 9/15 ms. 14 per. 13]
5. Mengapakah Yehuwa menjadi warisan Asaf buat selama-lamanya? (Mzm. 73:26) [w11 9/15 ms. 9 per. 9]
6. Bagaimanakah kita tahu bahawa nubuat di Mazmur 78:2 digenapi oleh Yesus? [w11 8/15 ms. 11 per. 14]
7. Jika kita mempunyai perasaan harga diri yang rendah, bagaimanakah kita dapat menanganinya? (Mzm. 94:14) [w11 9/15 ms. 25 per. 3]
8. Menurut Mazmur 72, bagaimanakah Yehuwa akan mengubah dunia ini? [bm ms. 14 per. 4]
9. Bagaimanakah Mazmur 118:22, 23 digenapi? [w11 8/15 ms. 12, 13 per. 4]
10. Apakah nubuat yang digenapi Yesus semasa dia memasuki kota Yerusalem sebagai raja? (Mzm. 118:26) [w11 8/15 ms. 12 per. 3]