Soroton Kerja Penyebaran
Kami gembira untuk melaporkan bahawa terdapat 1,279 perintis biasa yang berkhidmat pada bulan September 2014. Sebanyak 1,046 perintis biasa daripada jumlah tersebut berkhidmat di Malaysia. Angka ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan sebanyak 51 perintis biasa berbanding dengan jumlah perintis pada bulan September tahun lalu. Selain itu, jumlah penyiar di Singapura telah mencapai angka tertinggi yang baru pada bulan September 2014. Sudah pasti, umat Yehuwa sedang “bekerja keras dan berusaha dengan bersungguh-sungguh” dalam penyembahan sejati.—1 Tim. 4:10.