Ulang Kaji Sekolah Penyebaran Teokratik
Soalan-soalan berikut akan dibincangkan semasa Sekolah Penyebaran Teokratik pada minggu bermula 28 Disember 2015. Setiap isi mempunyai tarikh yang membolehkan anda membuat persiapan untuk sekolah setiap minggu.
Apakah pandangan Daud terhadap nama Yehuwa, dan bagaimanakah kita meniru contoh Daud? (1 Taw. 16:35) [2 Nov., w12 15/11 ms. 3-4 per. 4-5]
Mengapakah kita bernyanyi di perjumpaan? (1 Taw. 23:4, 5) [9 Nov., kr ms. 200 kotak]
Raja Daud menyokong ibadat sejati dengan bersemangat. Bagaimanakah kita dapat meniru teladannya hari ini? (1 Taw. 29:2, 3) [16 Nov., w15 15/7 ms. 13 per. 2]
Apakah yang boleh membantu kita untuk melaksanakan tugas teokratik? (2 Taw. 1:7, 10) [23 Nov., w13 15/4 ms. 10 per. 15]
Apakah yang harus kita lakukan untuk mencerminkan kemuliaan Tuhan? (2 Taw. 6:36, 37) [30 Nov., w12 15/5 ms. 24-25 per. 7]
Mengapakah Asa memohon bantuan Yehuwa untuk menumpaskan musuhnya, dan apakah keyakinan kita mengenai perjuangan rohani kita? (2 Taw. 14:11) [7 Dis., w12 15/8 ms. 8 per. 6–ms. 9 per. 1]
Meskipun Raja Yosafat membuat keputusan yang tidak bijak, adakah Yehuwa terus menolaknya? Bagaimanakah kisah ini melegakan kita? (2 Taw. 19:3) [14 Dis., w15 15/8 ms. 11-12 per. 8-9]
Bagaimanakah kita dapat memelihara Dewan Perjumpaan? (2 Taw. 24:13) [21 Dis., jl pelajaran 26 per. 3]
Apakah yang dilakukan oleh orang Israel apabila dikepung oleh musuh? Mengapakah kita perlu meniru teladan mereka? (2 Taw. 20:3, 13) [21 Dis., w14 15/12 ms. 23-24 per. 8, 10-11]
Apakah pengajaran yang kita peroleh daripada Raja Amazia? (2 Taw. 25:2) [28 Dis., w12 15/4 ms. 16 per. 13]