PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb20 Disember ms. 8
  • Teruslah Menggunakan Majalah Kita

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Teruslah Menggunakan Majalah Kita
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2020
  • Bahan yang Berkaitan
  • Siapakah yang Berminat Membacanya?
    Kerja Teokratik Kita—2013
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2020
mwb20 Disember ms. 8
Seorang saudari sedang bercakap kepada seorang wanita tentang satu topik dalam majalah ‘Sedarlah!’

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Teruslah Menggunakan Majalah Kita

Sejak tahun 2018, majalah edisi umum kita telah membincangkan satu topik dalam setiap terbitan. Semua majalah ini ialah sebahagian daripada Bahan Utama untuk Mengajar. Jadi kita boleh menggunakannya dalam aktiviti penyebaran. Kita juga boleh membawa beberapa naskhah majalah semasa melancong atau membeli-belah. Majalah-majalah ini tidak direka untuk pembelajaran Bible, tetapi untuk membangkitkan minat seseorang kepada hal-hal rohani.

Selepas memulakan perbualan, kongsikan satu ayat Bible dan sebut tentang satu topik majalah yang dapat membangkitkan minat orang itu. Contohnya, jika dia sudah berkeluarga, atau berasa stres atau sedih, anda boleh kata, “Baru-baru ini, saya terbaca satu rencana yang baik tentang topik ini. Boleh saya tunjukkannya kepada kamu?” Jika dia berminat, anda boleh memberinya majalah itu dalam bentuk cetakan atau elektronik, biarpun itu ialah kunjungan yang pertama. Sememangnya, memberikan bahan bacaan bukanlah tujuan utama kita, tetapi majalah-majalah ini boleh membantu kita mencari orang yang berhati jujur.—Kis 13:48.

2018

Kolaj: Muka surat depan majalah ‘Menara Pengawal’ dan ‘Sedarlah!’ terbitan tahun 2018. 1. ‘Adakah Bible Sudah Ketinggalan Zaman?’ 2. ‘Apakah Masa Depan Kita?’ 3. ‘Adakah Tuhan Peduli tentang Anda?’ 4. ‘Jalan yang Menuju Kebahagiaan.’ 5. ‘12 Rahsia Keluarga yang Bahagia.’ 6. ‘Bantuan untuk Orang yang Berkabung.’

2019

Kolaj: Muka surat depan majalah ‘Menara Pengawal’ dan ‘Sedarlah!’ terbitan tahun 2019. 1. ‘Siapakah Tuhan?’ 2. ‘Apa Gunanya Terus Hidup?’ 3. ‘Begini Sahajakah Kehidupan Kita?’ 4. ‘Dapatkah Kita Hidup dengan Aman dan Selamat?’ 5. ‘Enam Pelajaran Penting bagi Kanak-Kanak.’ 6. ‘Dapatkah Bible Membantu Saya?’

2020

Kolaj: Muka surat depan majalah ‘Menara Pengawal’ dan ‘Sedarlah!’ terbitan tahun 2020. 1. ‘Anda Dapat Menemui Kebenaran.’ 2. ‘Apa Itu Kerajaan Tuhan?’ 3. ‘Berkat yang Berkekalan daripada Tuhan.’ 4. ‘Cara Menangani Stres.’ 5. ‘5 Soalan tentang Penderitaan—Jawapannya.’ 6. ‘Dapatkah Prasangka Dilenyapkan?’

Topik manakah yang menarik minat orang di kawasan anda?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi