PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb24 Januari ms. 3-16
  • 8-14 Januari

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • 8-14 Januari
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2024
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2024
mwb24 Januari ms. 3-16

8-14 JANUARI

AYUB 34-35

Lagu 30 dan Doa | Kata-Kata Pembuka (1 min.)

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN

1. Apabila Ketidakadilan Berlaku

(10 min.)

Yehuwa bukanlah penyebab ketidakadilan (Ayb 34:10; wp19.1 8 ¶2)

Orang jahat nampaknya dapat mengelak daripada hukuman, tapi mereka tidak dapat bersembunyi daripada Yehuwa (Ayb 34:​21-26; w17.04 10 ¶5)

Cara terbaik untuk bantu mangsa ketidakadilan adalah dengan mengajar mereka tentang Yehuwa (Ayb 35:​9, 10; Mt 28:​19, 20; w21.05 7 ¶19-20)

Satu pasangan sedang menginjil kepada seorang lelaki dan anaknya yang tinggal di sebuah rumah papan berdekatan dengan beberapa apartmen mewah.

2. Permata Rohani

(10 min.)

  • Ayb 35:7—Apakah yang Elihu maksudkan semasa dia tanya Ayub, ‘Apakah yang dapat kamu berikan kepada Tuhan?’ (w17.04 29 ¶3)

  • Berdasarkan pembacaan Bible minggu ini, apakah permata rohani yang ingin anda kongsi?

3. Pembacaan Bible

(4 min.) Ayb 35:​1-16 (th pelajaran 10)

JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR

4. Mulakan Perbualan

(3 min.) RUMAH KE RUMAH. Tawarkan pembelajaran Bible. (lmd pelajaran 10 poin 3)

5. Mulakan Perbualan

(4 min.) KESAKSIAN TIDAK FORMAL. Tunjukkan seseorang yang mempunyai anak kecil cara untuk mencari maklumat bagi ibu bapa di jw.org. (lmd pelajaran 1 poin 4)

6. Jadikan Murid

(5 min.) lff pelajaran 13 poin 5 (lmd pelajaran 11 poin 3)

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Lagu 58

7. Adakah Anda Terdorong untuk “Khabarkan Firman Tuhan” Secara Tidak Formal?

(15 min.) Perbincangan.

Seorang saudari memberikan kesaksian kepada seorang wanita di dalam bas dengan menggunakan telefonnya.

Paulus menasihati Timotius, “Khabarkan firman Tuhan tanpa berlengah-lengah.” (2Ti 4:2) Istilah bahasa Yunani yang diterjemahkan sebagai “tanpa berlengah-lengah” kadangkala digunakan untuk merujuk kepada askar atau pengawal yang selalu bersedia untuk bertindak. Istilah ini juga sesuai untuk menggambarkan hasrat kita. Kita juga selalu peka terhadap peluang untuk mengongsi kebenaran Bible semasa berbual dengan orang.

Kasih dan penghargaan kita kepada Yehuwa mendorong kita untuk memberitahu orang lain tentang sifat-sifat-Nya yang mulia.

Baca Mazmur 71:8. Kemudian tanya hadirin:

Apakah hal-hal baik tentang Yehuwa yang anda suka kongsi dengan orang lain?

Kasih kita terhadap orang lain juga mendorong kita untuk memberikan kesaksian secara tidak formal.

Mainkan VIDEO Bagaimana Ratusan Orang Mengenali Kebenaran Bible. Kemudian tanya hadirin:

  • Bagaimanakah kesaksian tidak formal membantu ratusan orang mengenali kebenaran Bible?

  • Apakah manfaat yang diraih oleh bekas ahli gereja dalam video itu selepas mereka belajar kebenaran?

  • Bagaimanakah kasih kita terhadap orang lain mendorong kita untuk memberikan kesaksian secara tidak formal?

  • Mengapakah anda rasa kesaksian tidak formal adalah cara yang berkesan untuk bantu orang mengenali Yehuwa?

8. Pembelajaran Bible Sidang

(30 min.) bt bab 4 kotak pada ms. 37

Kata-Kata Penutup (3 min.) | Lagu 138 dan Doa

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi