PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb24 Januari ms. 8-9
  • 29 Januari–4 Februari

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • 29 Januari–4 Februari
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2024
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2024
mwb24 Januari ms. 8-9

29 JANUARI–4 FEBRUARI

AYUB 40-42

Lagu 124 dan Doa | Kata-Kata Pembuka (1 min.)

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN

1. Pengajaran daripada Pengalaman Ayub

(10 min.)

Akuilah bahawa pengetahuan kita adalah terbatas dan sedikit sahaja berbanding Yehuwa (Ayb 42:​1-3; w10 15/10 3-4 ¶4-6)

Rela menerima nasihat daripada Yehuwa dan organisasi-Nya (Ayb 42:​5, 6; w17.06 24 ¶12)

Yehuwa memberi ganjaran kepada mereka yang tetap setia meskipun dilanda cabaran (Ayb 42:​10-12; Yak 5:11; w22.06 25 ¶17-18)

Ayub dan isterinya di bukit. Mereka memandang satu sama lain. Ayub menunjuk ke arah kawanannya dan rumah.

Yehuwa memberkati kesetiaan Ayub

2. Permata Rohani

(10 min.)

  • Ayb 42:7—Semasa tiga sahabat Ayub mencelanya, kata-kata mereka sebenarnya ditujukan kepada siapa? Bagaimanakah kebenaran ini bantu kita bertabah semasa dihina? (it-1 642)

  • Berdasarkan pembacaan Bible minggu ini, apakah permata rohani yang ingin anda kongsi?

3. Pembacaan Bible

(4 min.) Ayb 42:​1-17 (th pelajaran 11)

JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR

4. Mulakan Perbualan

(3 min.) RUMAH KE RUMAH. Anda bercakap dengan penghuni rumah yang bukan beragama Kristian. (lmd pelajaran 5 poin 3)

5. Jadikan Murid

(5 min.) lff pelajaran 13 poin 6-7 dan Ada Orang Kata (lmd pelajaran 11 poin 4)

6. Ceramah

(4 min.) lmd lampiran A poin 2—Tema: Bumi Tidak Akan Dimusnahkan. (th pelajaran 13)

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Lagu 108

7. Membantu Orang Lain Merasai Kasih Yehuwa

(15 min.) Perbincangan.

Sebuah adegan daripada video “Kami Menemui Kasih Kristian dalam Keluarga Yehuwa.” Mimi dan ibunya bawa bunga dan kad untuk seorang saudari di hospital.

Kita berbesar hati dapat menyembah Tuhan yang penuh kasih. (1Yo 4:​8, 16) Kasih Yehuwa membuat kita tertarik kepada-Nya dan mendorong kita untuk terus menghampiri-Nya. Sebagai bebiri Yehuwa, kita semua dapat merasai kasih-Nya terhadap kita.

Kita berusaha untuk mencerminkan kasih Yehuwa melalui cara kita melayan ahli keluarga, rakan seiman, dan orang lain. (Ayb 6:14; 1Yo 4:11) Dengan menunjukkan kasih, kita membantu orang lain mengenali Yehuwa dan menghampiri-Nya. Sebaliknya, jika kita gagal menunjukkan kasih, mereka mungkin rasa susah untuk percaya bahawa Yehuwa mengasihi mereka.

Mainkan VIDEO Kami Menemui Kasih Kristian dalam Keluarga Yehuwa. Kemudian tanya hadirin:

Daripada pengalaman Lei Lei dan Mimi, apakah yang anda pelajari tentang pentingnya menunjukkan kasih?

Bagaimanakah kita dapat membantu rakan seiman merasai kasih Yehuwa?

  • Pupuk pandangan yang betul dan anggap mereka sebagai biri-biri Yehuwa yang berharga.—Mz 100:3

  • Ucapkan kata-kata yang membina.—Ef 4:29

  • Layan mereka dengan baik dan penuh empati.—Mt 7:​11, 12

8. Pembelajaran Bible Sidang

(30 min.) bt bab 5 ¶1-8, kotak pada ms. 43

Kata-Kata Penutup (3 min.) | Lagu 126 dan Doa

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi