PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w25 Julai ms. 31
  • Tahukah Anda?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Tahukah Anda?
  • Menara Pengawal (Pembelajaran)—2025
  • Bahan yang Berkaitan
  • Hargai Penghormatan untuk Menyembah Yehuwa di Rumah Rohani-Nya
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2023
Menara Pengawal (Pembelajaran)—2025
w25 Julai ms. 31
Para imam mempersembahkan korban binatang di atas mazbah di Rumah Tuhan.

Tahukah Anda?

Pada abad pertama, apakah yang dilakukan oleh para imam di Yerusalem dengan darah daripada binatang yang dikorbankan?

SETIAP tahun, para imam mempersembahkan beribu-ribu ekor binatang di atas mazbah di Rumah Tuhan. Sebagai contoh, Josephus, seorang sejarawan Yahudi pada abad pertama, menyatakan bahawa lebih daripada 250,000 ekor anak bebiri telah disembelih pada hari Paska. (Im. 1:​10, 11; Bil. 28:​16, 19) Apakah yang berlaku kepada darah daripada semua binatang yang dikorbankan?

Ahli arkeologi telah menemui sistem parit dalam Rumah Tuhan yang wujud pada zaman Yesus. Nampaknya, darah daripada binatang yang dikorbankan telah disalur keluar daripada Rumah Tuhan melalui sistem parit ini.

Perhatikan dua ciri sistem parit ini:

  • Lubang di atas lantai di tepi mazbah: Sistem parit bagi mazbah di Rumah Tuhan dijelaskan dalam Mishnah, iaitu koleksi hukum lisan dan tradisi orang Yahudi yang ditulis selepas tahun 200 M. Buku itu menyatakan bahawa terdapat dua lubang di sudut barat daya mazbah. Darah daripada korban binatang dan air yang digunakan untuk membersihkan mazbah akan masuk ke dalam lubang itu dan mengalir ke Lembah Kidron melalui saluran parit bawah tanah.

    Setelah melakukan kajian, ahli arkeologi moden setuju dengan apa yang disebutkan dalam Mishnah. Menurut buku The Cambridge History of Judaism, para ahli arkeologi telah menemui sistem parit berhampiran Rumah Tuhan yang nampaknya digunakan untuk menyalurkan darah daripada korban binatang dan air daripada mazbah.

  • Bekalan air yang mencukupi: Para imam perlu menggunakan banyak air untuk memastikan saluran parit dan lantai berhampiran mazbah tetap bersih. Oleh itu, Rumah Tuhan sentiasa menerima bekalan air yang bersih daripada kota. Air itu mengalir melalui saluran atau terusan lalu disimpan dalam takungan seperti kolam. Joseph Patrich, seorang ahli arkeologi menyatakan, “Pada zaman kuno, jarang sekali terdapat sistem bekalan air dan sistem parit yang begitu kompleks bagi tempat ibadat.”

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi