PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • my cerita 46
  • Tembok Yerikho

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Tembok Yerikho
  • Buku Cerita Bible Saya
  • Bahan yang Berkaitan
  • Rahab Menyembunyikan Pengintip-Pengintip
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Rahab dan Pengintip-pengintip
    Buku Cerita Bible Saya
  • Rahab Percaya kepada Yehuwa
    Ajarlah Anak Anda
  • Umat Israel Memasuki Negeri Kanaan
    Bible—Apakah Mesejnya?
Buku Cerita Bible Saya
my cerita 46
Yosua memimpin orang Israel yang bersorak dan meniup trompet tanduk apabila tembok Yerikho roboh

CERITA 46

Tembok Yerikho

APAKAH yang menyebabkan tembok Yerikho roboh? Adakah sebutir bom yang besar dijatuhkan ke atasnya? Tidak, kerana pada masa itu senjata api masih belum wujud, apatah lagi bom. Jadi, apakah yang sebenarnya berlaku? Yehuwa telah melakukan satu lagi mukjizat! Mari kita baca apa yang telah berlaku.

Dengarlah apa yang dikatakan oleh Yehuwa kepada Yosua, “Engkau dan askar-askar Israel harus berkawat mengelilingi kota itu sekali sehari selama enam hari. Bawalah tabut perjanjian bersama-sama engkau. Tujuh orang penghentar harus berjalan di hadapan tabut sambil meniup trompet tanduk masing-masing.”

“Pada hari ketujuh, engkau harus berkawat mengelilingi kota itu sebanyak tujuh kali. Kemudian, tiup trompet tanduk dengan bunyi yang panjang, dan semua orang harus menjerit suatu sorakan perang yang kuat. Selepas itu, tembok Yerikho akan roboh ke tanah!”

Tembok Yerikho roboh, kecuali rumah Rahab di mana tergantungnya tali merah

Yosua bersama-sama umat Israel melakukan apa yang disuruh oleh Yehuwa. Ketika mereka berkawat mengelilingi kota Yerikho, mereka semua senyap. Tiada sesiapa yang berkata sepatah pun. Bunyi trompet tanduk dan rentak berkawat sahaja yang didengari. Sudah pasti musuh-musuh umat Tuhan di kota Yerikho berasa takut. Bolehkah adik nampak tali merah yang tergantung dari sebuah tingkap dalam gambar ini? Tingkap ini tingkap rumah siapa? Betul jawapan adik. Rahab telah melakukan apa yang disuruh oleh kedua-dua orang pengintip. Semua ahli keluarga Rahab ada bersama-sama Rahab di dalam rumahnya dan mereka sedang memerhatikan apa yang sedang berlaku.

Akhirnya, pada hari ketujuh, selepas mereka berkawat mengelilingi kota itu sebanyak tujuh kali, trompet tanduk dibunyikan. Sebaik sahaja askar-askar mendengar bunyi tiupan tanduk, mereka berteriak dengan kuat, dan tembok kota Yerikho pun roboh. Kemudian Yosua berkata, “Bakarlah kota itu dan bunuh semua orang di dalam kota itu. Bakar semua benda di dalam kota itu kecuali benda-benda yang dibuat daripada perak, emas, tembaga, dan besi. Benda-benda ini harus dibawa ke tempat simpanan harta benda Yehuwa di khemah suci.”

Yosua berkata kepada kedua-dua orang pengintip itu, “Pergilah ke dalam rumah Rahab dan bawa Rahab bersama-sama keluarganya keluar.” Seperti yang dijanjikan oleh kedua-dua orang pengintip itu, Rahab dan keluarganya diselamatkan.

Yosua 6:1-25.

Soalan Pembelajaran

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi