PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • my cerita 92
  • Yesus Membangkitkan Orang

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Yesus Membangkitkan Orang
  • Buku Cerita Bible Saya
  • Bahan yang Berkaitan
  • Gadis Kecil Hidup Semula!
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Yesus Melakukan Banyak Mukjizat
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Sembuh setelah Menyentuh Jubah Yesus
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Kematian Bukan Akhir Segalanya!
    Menara Pengawal—2014
Buku Cerita Bible Saya
my cerita 92
Yesus membangkitkan anak perempuan Yairus

CERITA 92

Yesus Membangkitkan Orang

GADIS yang adik lihat dalam gambar ini berumur 12 tahun. Yesus sedang memegang tangannya, dan ibu bapanya berada dekat dengannya. Adakah adik tahu mengapa mereka kelihatan begitu gembira? Marilah kita cari jawapannya.

Bapa gadis ini ialah seorang lelaki penting yang bernama Yairus. Pada suatu hari, anak perempuannya jatuh sakit dan terpaksa berbaring di atas katil. Tetapi anaknya masih tidak sembuh. Malahan keadaannya bertambah tenat. Yairus dan isterinya sangat bimbang kerana anak mereka mungkin mati. Gadis ini adalah anak tunggal mereka. Jadi Yairus pergi mendapatkan Yesus kerana dia telah mendengar tentang mukjizat-mukjizat yang dilakukan oleh Yesus.

Apabila Yairus menemui Yesus, Yesus dikelilingi oleh ramai orang. Tetapi Yairus berjaya sampai kepada Yesus lalu bersujud di hadapannya. “Anak perempuan saya sakit tenat,” katanya. “Tolong datang ke rumah saya untuk menyembuhkan dia,” rayu Yairus. Yesus bersetuju untuk mengikutnya pulang.

Semasa mereka sedang berjalan, orang ramai berhimpit-himpit untuk mendekati Yesus. Tiba-tiba, Yesus berhenti dan bertanya, “Siapa menyentuh aku?” Yesus tahu bahawa seseorang telah menyentuhnya kerana dia merasakan kuasa keluar daripadanya. Tetapi, siapakah yang telah menyentuh Yesus? Orang yang menyentuh Yesus ialah seorang wanita yang telah menderita selama 12 tahun kerana penyakitnya. Dia menyentuh pakaian Yesus lalu sembuh!

Apa yang baru berlaku menyebabkan Yairus berasa senang hati. Dia dapat melihat betapa mudahnya untuk Yesus menyembuhkan seseorang. Tetapi pada masa itu, seorang pesuruh telah datang untuk berjumpa dengan Yairus. “Anak perempuan tuan sudah meninggal,” katanya, “jangan susahkan Yesus lagi.” Yesus terdengar perbualan mereka lalu berkata kepada Yairus, “Jangan bimbang, anakmu akan sembuh.”

Akhirnya mereka tiba di rumah Yairus. Di situ ramai orang sedang menangis dengan sedih. Maka Yesus berkata, “Janganlah menangis. Anak ini tidak mati, dia hanya tidur.” Tetapi mereka mentertawakan Yesus kerana mereka tahu bahawa gadis itu telah meninggal.

Selepas itu, Yesus membawa ibu bapa gadis itu dan tiga orang hawarinya ke tempat gadis itu dibaringkan. Yesus memegang tangannya lalu berkata, “Bangunlah, nak!” Maka gadis itu hidup kembali seperti yang adik boleh nampak dalam gambar ini. Dia bangun dan mula berjalan! Itulah sebabnya ibu dan bapanya berasa begitu gembira.

Gadis ini bukanlah orang pertama yang dibangkitkan oleh Yesus. Menurut Bible, orang pertama yang dibangkitkan oleh Yesus ialah anak lelaki seorang balu dari kota Nain. Selepas itu, Yesus juga membangkitkan Lazarus, saudara kandung Maria dan Marta. Apabila Yesus memerintah sebagai raja Kerajaan Tuhan, dia akan membangkitkan banyak orang yang telah mati. Bukankah hal ini sesuatu yang menggembirakan hati kita?

Lukas 8:40-56; 7:11-17; Yohanes 11:17-44.

Soalan Pembelajaran

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi