PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • rq pelajaran 13 ms. 26-27
  • Bagaimanakah Anda Dapat Mencari Agama yang Benar?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bagaimanakah Anda Dapat Mencari Agama yang Benar?
  • Apakah yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Kita?
  • Bahan yang Berkaitan
  • Bagaimanakah Anda Dapat Mengenal Pasti Ibadat Sejati?
    Berita Baik daripada Tuhan!
  • Penyembahan yang Mendapat Perkenan Tuhan
    Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
  • Cara Mengenal Pasti Orang Kristian Sejati
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Cara yang Betul untuk Menyembah Tuhan
    Apakah yang Diajarkan Bible?
Lihat Selanjutnya
Apakah yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Kita?
rq pelajaran 13 ms. 26-27

Pelajaran 13

Bagaimanakah Anda Dapat Mencari Agama yang Benar?

Adakah semua agama mendapat perkenan Tuhan atau hanya satu sahaja? (1)

Mengapakah begitu ramai penganut agama yang menggelar diri mereka sebagai orang Kristian? (2)

Bagaimanakah anda dapat mengenal pasti orang Kristian yang sejati? (3-7)

1. Yesus telah mengasaskan satu agama Kristian yang benar. Maka, pada masa ini, Tuhan Yehuwa hanya mempunyai satu badan atau kumpulan penyembah yang benar. (Yohanes 4:23, 24; Efesus 4:4, 5) Bible mengajar bahawa hanya terdapat sebilangan kecil orang yang berada di jalan sempit yang menuju ke kehidupan.—Matius 7:13, 14.

2. Bible telah meramalkan bahawa selepas kematian hawari-hawari, ajaran sesat dan amalan bukan Kristian akan meresap ke dalam sidang Kristian. Orang akan menyesatkan penganut-penganut Kristian supaya mengikut mereka dan bukan Kristus. (Matius 7:15, 21-23; Kisah 20:29, 30) Itulah sebabnya kita melihat begitu banyak penganut agama yang berbeza mengaku diri mereka sebagai orang Kristian. Bagaimanakah kita dapat menentukan identiti orang Kristian yang sejati?

3. Ciri utama umat Kristian yang sejati ialah mereka mempunyai kasih sejati sesama mereka. (Yohanes 13:34, 35) Mereka tidak diajar untuk memikirkan bahawa diri mereka adalah lebih baik daripada orang yang berlainan kaum atau warna kulit. Mereka juga tidak diajar untuk membenci orang dari negara-negara lain. (Kisah 10:34, 35) Jadi, mereka tidak mengambil bahagian dalam peperangan. Orang Kristian sejati melayan rakan sekepercayaan mereka sebagai keluarga mereka.—1 Yohanes 4:20, 21.

4. Satu lagi ciri agama yang benar ialah pengikut-pengikutnya mempunyai hormat yang mendalam terhadap Bible. Mereka menerima Bible sebagai Firman Tuhan dan mempercayai segala yang disebut di dalam Bible. (Yohanes 17:17; 2 Timotius 3:16, 17) Mereka menganggap Firman Tuhan lebih penting daripada buah fikiran atau adat-adat manusia. (Matius 15:1-3, 7-9) Dalam kehidupan seharian, mereka berusaha untuk hidup berpandukan Bible. Jadi mereka tidak akan mengatakan sesuatu dan melakukan sebaliknya.—Titus 1:15, 16.

5. Agama yang benar juga mesti menghormati nama Tuhan. (Matius 6:9) Yesus menyebarluaskan nama Tuhan, iaitu Yehuwa. Orang Kristian yang sejati harus berbuat demikian juga. (Yesaya 42:8; 2 Samuel 7:22; Yeremia 32:17) Siapakah dalam kalangan masyarakat anda yang memberitahu orang lain tentang nama Tuhan?

6. Orang Kristian sejati mesti memberitakan Kerajaan Tuhan. Yesus telah berbuat demikian. Dia selalu bercakap tentang Kerajaan Tuhan. (Lukas 8:1, lihat juga nota kaki.) Dia memberi arahan kepada murid-muridnya supaya memberitakan khabar ini di seluruh bumi. (Matius 24:14; 28:19, 20) Orang Kristian yang sejati percaya bahawa hanya Kerajaan Tuhan akan membawa kedamaian dan keamanan yang sejati ke bumi ini.—Mazmur 146:3-5.

7. Murid-murid Yesus tidak boleh menjadi sebahagian daripada dunia yang fasiq ini. (Yohanes 17:16) Mereka tidak melibatkan diri dalam hal-ehwal politik dan pertikaian sosial dunia ini. Mereka menghindari kelakuan, amalan, dan sikap yang memudaratkan yang merupakan kebiasaan dunia ini. (Yakobus 1:27; 4:4) Dapatkah anda mengenal pasti satu agama dalam masyarakat anda yang mana pengikut-pengikutnya mempunyai ciri-ciri orang Kristian yang sejati?

[Gambar pada muka surat 26, 27]

Orang Kristian yang sejati saling mengasihi, menghormati Bible, dan menyebarkan berita tentang Kerajaan Tuhan

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi