PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • rq pelajaran 15 ms. 30
  • Membantu Orang Lain Melakukan Kehendak Tuhan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Membantu Orang Lain Melakukan Kehendak Tuhan
  • Apakah yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Kita?
  • Bahan yang Berkaitan
  • Anda Dapat Mengongsi Berita Baik kepada Orang Lain
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Bagaimanakah Kerja Penyebaran Dijalankan?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Dapatkah Anda Membantu Orang Menjadi Murid Yesus?
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2021
  • Bagaimanakah Kerja Penyebaran Kami Dijalankan?
    Siapakah yang Sedang Melakukan Kehendak Yehuwa?
Lihat Selanjutnya
Apakah yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Kita?
rq pelajaran 15 ms. 30

Pelajaran 15

Membantu Orang Lain Melakukan Kehendak Tuhan

Mengapakah anda patut memberitahu orang lain tentang apa yang sedang anda pelajari? (1)

Kepada siapakah boleh anda memberitahukan khabar baik ini? (2)

Apakah kesan tingkah laku anda terhadap orang lain? (2)

Bilakah anda boleh menjalankan kerja penyebaran bersama-sama sidang? (3)

1. Setakat ini, anda telah mempelajari banyak perkara yang baik daripada Bible. Pengetahuan ini sepatutnya telah membimbing anda untuk membentuk personaliti Kristian. (Efesus 4:22-24) Pengetahuan sedemikian adalah penting agar kita dapat memperoleh kehidupan kekal. (Yohanes 17:3) Walau bagaimanapun, orang lain juga perlu mendengar khabar baik ini supaya mereka dapat diselamatkan. Semua orang Kristian yang sejati mesti memberi kesaksian kepada orang lain. Inilah perintah Tuhan.—Roma 10:14, 15; 1 Korintus 9:16; 1 Timotius 4:16.

2. Sebagai permulaan, anda boleh memberitahukan perkara-perkara baik yang sedang anda pelajari kepada keluarga, kawan-kawan, rakan-rakan sekolah, rakan-rakan sekerja, atau sesiapa sahaja yang rapat dengan anda. Buatlah demikian dengan sopan dan sabar. (2 Timotius 2:24, 25) Ingatlah bahawa orang lain selalunya lebih memberi perhatian kepada tingkah laku seseorang berbanding dengan apa yang dikatakan olehnya. Oleh itu, tingkah laku baik anda mungkin menarik minat orang lain untuk mendengarkan berita yang anda sampaikan.—Matius 5:16; 1 Petrus 3:1, 2, 16.

3. Selepas suatu jangka masa, anda mungkin memenuhi syarat untuk mula menjalankan kerja penyebaran bersama-sama sidang tempatan Saksi-Saksi Yehuwa. Langkah ini amat penting dalam kemajuan rohani anda. (Matius 24:14) Bayangkan kegembiraan yang dapat anda nikmati jika anda dapat membantu orang lain menjadi hamba Yehuwa dan memperoleh kehidupan kekal!—1 Tesalonika 2:19, 20.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi