Lagu 126
Kerja Kita yang Berasaskan Kasih
Edisi Cetak
1. Yehuwa hari ini
Kami doa dari hati.
Bersyukur kerana rahmat-Mu
Terhadap kami!
Kau telah memberkati
Kasih dan usaha kami,
Dan kami berjaya membina
Bangunan ini.
(KORUS)
Ya Yehuwa, kami bersyukur
Atas pembinaan ini.
Kami ingin memuji Engkau selamanya,
Dari detik indah ini.
2. Wajah berseri-seri
Dan sahabat yang sejati;
Akan kami simpan kenangan
Yang manis ini.
Kami berganding bahu,
Dibimbing daya aktif-Mu.
Dengan sukacita memuji
Nama suci-Mu.
(KORUS)
Ya Yehuwa, kami bersyukur
Atas pembinaan ini.
Kami ingin memuji Engkau selamanya,
Dari detik indah ini.
(Lihat juga Mzm. 116:1; 147:1; Rm. 15:6.)