PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • bm bahagian 7 ms. 10
  • Tuhan Menyelamatkan Umat Israel

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Tuhan Menyelamatkan Umat Israel
  • Bible—Apakah Mesejnya?
  • Bahan yang Berkaitan
  • Musa Memilih untuk Menyembah Yehuwa
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Musa dan Harun menemui Firaun
    Buku Cerita Bible Saya
  • Adakah Anda ‘Nampak Tuhan yang Tidak Kelihatan’?
    Menara Pengawal—2014
  • Tiga Tulah yang Pertama
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
Bible—Apakah Mesejnya?
bm bahagian 7 ms. 10
Musa memegang dua keping batu yang mengandungi Sepuluh Hukum

BAHAGIAN 7

Tuhan Menyelamatkan Umat Israel

Yehuwa mendatangkan tulah-tulah ke atas Mesir, dan Musa memimpin umat Israel keluar dari negeri itu. Tuhan memberikan Hukum-Hukum-Nya kepada orang Israel melalui Musa

SELAMA bertahun-tahun, orang Israel tinggal di Mesir. Mereka hidup makmur dan anak cucu mereka semakin bertambah. Tetapi, seorang Firaun yang baru mula memerintah di Mesir. Pemerintah ini tidak mengenali Yusuf. Pemerintah yang zalim dan kejam ini berasa terancam kerana bilangan orang Israel semakin bertambah. Maka, dia menjadikan orang Israel hamba-hambanya dan mengeluarkan perintah agar semua bayi lelaki yang baru lahir dilemaskan di Sungai Nil. Tetapi, seorang ibu yang berani telah melindungi bayi lelakinya dengan menyembunyikannya di antara rumput-rumput yang tinggi di Sungai Nil. Anak perempuan Firaun menjumpai bayi ini, menamakannya Musa, dan membesarkannya antara kerabat diraja Mesir.

Apabila Musa berumur 40 tahun, dia mencuba mempertahankan seorang hamba Israel daripada seorang tukang kerah Mesir, tetapi dia sendiri ditimpa masalah. Musa melarikan diri ke sebuah tempat yang jauh, dan di situ dia hidup dalam pembuangan. Apabila Musa berumur 80 tahun, Yehuwa menghantar Musa balik ke Mesir untuk menghadap Firaun dan menuntut pembebasan umat Tuhan.

Firaun menolak permintaannya bulat-bulat. Maka Tuhan mendatangkan sepuluh tulah ke atas Mesir. Setiap kali Musa menghadap Firaun untuk memberinya peluang untuk menghindarkan tulah yang seterusnya, Firaun tetap berdegil. Dia enggan tunduk kepada tuntutan Musa dan Tuhan Yehuwa. Akhirnya, tulah yang kesepuluh membawa kematian kepada semua anak sulung di negeri Mesir kecuali anak sulung dalam keluarga yang mentaati perintah Yehuwa dengan menyapu darah anak bebiri yang telah dikorbankan pada tiang pintu rumah. Malaikat Tuhan melalui rumah-rumah itu dan membiarkan anak sulung mereka hidup. Sejak masa itu, orang Israel memperingati kejadian ini dengan menyambut perayaan tahunan yang dipanggil Perayaan Paska.

Setelah anak sulung Firaun mati, dia mengarahkan Musa dan semua orang Israel untuk meninggalkan Mesir. Tanpa berlengah-lengah, mereka membuat aturan untuk meninggalkan Mesir. Tetapi, Firaun mengubah fikirannya. Dia mengejar mereka dengan banyak pahlawan dan kereta kuda. Orang Israel nampaknya terperangkap di persisiran pantai Laut Merah. Tetapi Yehuwa menyebabkan air Laut Merah terbelah menjadi dua. Maka orang Israel dapat berjalan di atas tanah kering melalui laut itu, di antara tembok air di sebelah kiri dan kanan mereka! Apabila orang Mesir meluru ke dalam laut, Tuhan menyebabkan tembok air itu jatuh dan melemaskan Firaun dan tenteranya.

Kemudian, semasa orang Israel berkhemah di kaki Gunung Sinai, Yehuwa membuat sebuah perjanjian dengan mereka. Dengan menggunakan Musa sebagai seorang pengantara, Tuhan memberi umat Israel hukum-hukum untuk dijadikan panduan dan perlindungan dalam hampir semua aspek kehidupan mereka. Asalkan orang Israel menerima pemerintahan Tuhan dengan setia, Yehuwa akan menyertai mereka dan bangsa lain akan diberkati menerusi mereka.

Malangnya, kebanyakan orang Israel memperlihatkan iman yang tipis terhadap Tuhan. Maka, Yehuwa menyebabkan generasi itu merayau-rayau di padang belantara selama 40 tahun. Kemudian, Musa memilih Yosua, seorang lelaki yang baik, untuk menggantikannya. Akhirnya, orang Israel bersedia untuk memasuki negeri yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada Abraham.

​—Berdasarkan Keluaran; Imamat; Bilangan; Ulangan; Mazmur 136:10-15; Kisah 7:17-36.

  • Bagaimanakah Musa digunakan oleh Tuhan untuk membebaskan orang Israel?

  • Mengapakah orang Israel memperingati Perayaan Paska?

  • Bagaimanakah Yehuwa membebaskan orang Israel daripada perhambaan di Mesir?

HUKUM TERAGUNG

Sepuluh Hukum, seperti yang tercatat di Keluaran 20:1-17, boleh dikatakan merupakan hukum-hukum yang paling dikenali orang jika dibandingkan dengan lebih kurang 600 hukum lain yang diberikan oleh Tuhan melalui Musa. Walau bagaimanapun, apabila Yesus Kristus ditanya hukum yang mana merupakan hukum yang teragung, dia memilih hukum yang berikut, ‘Kasihilah Tuhan Yehuwa dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu, dengan seluruh akalmu, dan dengan segala kekuatanmu.’​—Markus 12:28-30; Ulangan 6:5.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi