PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ll bahagian 3 ms. 8-9
  • Bagaimanakah Kehidupan di Firdaus?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bagaimanakah Kehidupan di Firdaus?
  • Dengarlah Cakap Tuhan dan Hidup Selama-lamanya
  • Bahan yang Berkaitan
  • Mengapa Mereka Kehilangan Firdaus
    Buku Cerita Bible Saya
  • Mereka Mendengar Cakap Syaitan—Apakah Akibatnya?
    Dengarlah Cakap Tuhan dan Hidup Selama-lamanya
  • Bahagian 3
    Dengarlah Cakap Tuhan
  • Adam dan Hawa Tidak Mentaati Tuhan
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
Lihat Selanjutnya
Dengarlah Cakap Tuhan dan Hidup Selama-lamanya
ll bahagian 3 ms. 8-9

BAHAGIAN 3

Bagaimanakah Kehidupan di Firdaus?

Yehuwa memberi Adam dan Hawa banyak kurniaan. Kejadian 1:28

Selepas Yehuwa menciptakan Hawa, Dia menjadikannya isteri Adam

Yehuwa telah menciptakan wanita pertama yang bernama Hawa lalu menjadikannya isteri Adam.​—Kejadian 2:21, 22.

Yehuwa memberi mereka minda dan tubuh yang sempurna. Mereka tidak mempunyai kecacatan.

Adam dan Hawa memandang tempat tinggal mereka di Firdaus

Mereka tinggal di Taman Eden. Taman itu sebuah Firdaus yang sangat indah​—terdapat sungai, pokok yang berbuah, dan binatang.

Yehuwa bercakap kepada mereka dan mengajar mereka. Jika Adam dan Hawa mendengar cakap-Nya, mereka dapat hidup selama-lamanya di bumi Firdaus.

Tuhan melarang mereka memakan buah daripada sebatang pokok. Kejadian 2:16, 17

Pokok di taman. Yehuwa melarang Adam dan Hawa untuk makan buah daripada pokok itu

Yehuwa menunjukkan sebatang pokok kepada Adam dan Hawa. Dia memberitahu mereka bahawa jika mereka memakan buah daripada pokok itu, mereka akan mati.

Malaikat jahat, iaitu Syaitan Si Iblis, menggunakan seekor ular untuk bercakap dengan Hawa

Salah satu malaikat telah memberontak terhadap Tuhan. Malaikat jahat itu ialah Syaitan Si Iblis.

Syaitan ingin Adam dan Hawa melawan cakap Yehuwa. Jadi dia menggunakan seekor ular untuk memberitahu Hawa bahawa dia tidak akan mati jika memakan buah daripada pokok itu, tetapi akan menjadi seperti Tuhan. Syaitan memang berbohong.​—Kejadian 3:1-5.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi