PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ll bahagian 5 ms. 12-13
  • Banjir Besar—Siapa yang Dengar? Siapa yang Tidak?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Banjir Besar—Siapa yang Dengar? Siapa yang Tidak?
  • Dengarlah Cakap Tuhan dan Hidup Selama-lamanya
  • Bahan yang Berkaitan
  • Bahtera Nuh
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahagian 5
    Dengarlah Cakap Tuhan
  • Nuh Membina Sebuah Bahtera
    Buku Cerita Bible Saya
  • “Nuh Hidup Akrab dengan Tuhan yang Benar”
    Tirulah Iman Mereka
Lihat Selanjutnya
Dengarlah Cakap Tuhan dan Hidup Selama-lamanya
ll bahagian 5 ms. 12-13

BAHAGIAN 5

Banjir Besar​—Siapa yang Dengar? Siapa yang Tidak?

Kebanyakan orang pada zaman Nuh berbuat jahat. Kejadian 6:5

Malaikat-malaikat jahat yang menggunakan tubuh manusia bergaul dengan wanita

Adam dan Hawa beranak cucu, maka bertambahlah orang di bumi. Kemudian, ada malaikat yang menyertai pemberontakan Syaitan.

Mereka membuat tubuh manusia untuk diri mereka agar dapat berkahwin dengan wanita di bumi. Isteri mereka kemudiannya melahirkan anak lelaki yang sangat ganas dan kuat.

Seorang wanita mengangkat seorang bayi seraya seorang budak lelaki memukulnya; Nefilim, iaitu anak lelaki malaikat jahat, berkelakuan ganas

Dunia penuh dengan orang yang jahat. Bible berkata bahawa “manusia di bumi sangat jahat. Hati dan fikiran mereka sentiasa dipenuhi kejahatan.”

Nuh mendengar cakap Tuhan dan membina sebuah bahtera. Kejadian 6:13, 14, 18, 19, 22

Nuh mendengar cakap Tuhan

Nuh seorang yang baik. Yehuwa memberitahu Nuh bahawa Dia akan mendatangkan banjir yang besar untuk memusnahkan orang jahat.

Nuh dan keluarganya membina bahtera

Tuhan juga menyuruh Nuh membina sebuah perahu besar yang dipanggil bahtera. Nuh perlu membawa keluarganya dan semua jenis binatang ke dalam bahtera itu.

Nuh memberitahu orang tentang Banjir yang akan datang tetapi mereka mengejeknya

Nuh memberitahu orang bahawa Banjir akan datang, tetapi mereka tidak mendengarnya. Ada yang mengejek Nuh; ada yang membencinya.

Nuh dan keluarganya mengumpulkan binatang untuk dibawa ke dalam bahtera

Apabila bahtera siap dibina, Nuh membawa binatang ke dalamnya.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi