PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ia ms. 205-208
  • Kesimpulan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Kesimpulan
  • Tirulah Iman Mereka
  • Bahan yang Berkaitan
  • “Berilah Kami Lebih Banyak Iman”
    Menara Pengawal—2015
  • Beriman terhadap Janji-Janji Yehuwa
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
  • Iman—Sifat yang Menguatkan Kita
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2019
  • “Berpegang Teguh pada Iman”
    Menara Pengawal—2015
Tirulah Iman Mereka
ia ms. 205-208

Kesimpulan

“Tirulah contoh mereka yang mewarisi apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kerana mereka beriman dan bersabar.”​—IBRANI 6:12.

1, 2. Mengapakah kita patut membina iman kita sekarang? Berikan contoh.

IMAN ialah sesuatu yang amat penting. Jika kita tidak mempunyai iman, kita patut memupuknya dengan secepat mungkin. Jika kita sudah mempunyai iman, kita patut melindunginya dan menguatkannya dengan segera. Mengapa?

2 Bayangkanlah bahawa anda sedang merentasi sebuah padang gurun. Apabila anda menjumpai air, anda pasti akan melindunginya daripada bahang matahari agar tidak tersejat. Kemudian anda juga perlu mengisi kembali bekas air anda agar anda mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk sampai ke destinasi anda. Hari ini, kita semua hidup dalam padang gurun rohani, dan iman sejati jarang ditemui. Oleh itu, jika kita menemui iman sejati, kita patut segera melindunginya dan menguatkannya. Sebagaimana kita tidak dapat terus hidup tanpa air, kita juga tidak dapat bertahan secara rohani tanpa iman.​—Rm. 1:17.

3. Bagaimanakah Yehuwa membantu kita untuk membina iman? Apakah dua perkara yang perlu kita lakukan?

3 Yehuwa tahu bahawa kita memerlukan iman. Dia juga tahu bahawa tidak mudah bagi kita untuk membina dan memelihara iman. Maka Dia telah memberi kita banyak contoh untuk ditiru. Dia mengilhami Paulus untuk menulis, “Tirulah contoh mereka yang mewarisi apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kerana mereka beriman dan bersabar.” (Ibr. 6:12) Itulah sebabnya organisasi Yehuwa menggalakkan kita untuk mempelajari buku ini dan meniru teladan watak-watak Bible yang setia. Maka apakah yang perlu kita lakukan? Kita perlu menguatkan iman kita dan meneguhkan harapan kita.

4. Bagaimanakah Syaitan berusaha untuk memusnahkan iman kita? Tetapi mengapakah kita tidak patut berputus asa?

4 Terus menguatkan iman kita. Syaitan mahu menghancurkan iman kita. Dia menjadikan dunia ini sebuah padang gurun rohani agar iman kita layu dan mati. Tetapi kita tidak patut berputus asa kerana Yehuwa berjanji untuk membantu kita. Dengan adanya Yehuwa di sisi kita, kita dapat melawan Si Iblis dan bahkan membuatnya lari daripada kita! (Yak. 4:7) Jika kita ingin melawan Iblis, kita patut membina dan menguatkan iman kita setiap hari. Bagaimanakah caranya?

5. Bagaimanakah watak-watak Bible memupuk iman mereka? Jelaskan.

5 Watak-watak Bible yang disebutkan dalam buku ini tidak dilahirkan dengan iman sejati. Mereka telah memupuknya dengan bantuan kuasa suci Yehuwa. (Gal. 5:22, 23) Mereka berdoa meminta bantuan Yehuwa, dan hasilnya iman mereka dikuatkan. Seperti mereka, jika kita berdoa kepada Yehuwa dan berusaha untuk bertindak selaras dengan doa itu, Yehuwa pasti akan mengurniakan kuasa suci-Nya kepada kita. (Luk. 11:13) Apakah hal lain yang dapat kita lakukan?

6. Bagaimanakah kita dapat meraih manfaat semasa membuat pembelajaran Bible?

6 Dalam Bible, terdapat banyak contoh orang yang memiliki iman sejati. (Baca Ibrani 11:32.) Setiap kisah itu mengandungi banyak pengajaran yang bernilai. Jika kita meluangkan masa untuk mengkajinya dengan teliti, iman kita akan dikukuhkan. Untuk meraih lebih banyak manfaat, kita perlu menyelidiki konteks dan latar belakang suatu kisah Bible. Jika kita selalu ingat bahawa mereka juga manusia tidak sempurna “yang mempunyai perasaan seperti kita,” pengalaman mereka akan menjadi lebih nyata bagi kita. (Yak. 5:17) Kita dapat membayangkan perasaan mereka sewaktu mengharungi cabaran dan masalah yang serupa dengan kita.

7-9. (a) Apakah perasaan orang pada zaman Bible sekiranya mereka berpeluang menyembah Yehuwa pada hari ini? (b) Mengapakah kita patut menguatkan iman kita melalui perbuatan kita?

7 Kita juga dapat menguatkan iman melalui perbuatan kita. Bible menyatakan, “Iman yang tidak disertai perbuatan ialah iman yang mati.” (Yak. 2:26) Bayangkanlah sukacita yang dirasai oleh watak-watak Bible yang disebutkan dalam buku ini jika mereka ditugaskan oleh Tuhan untuk melakukan kerja yang kita lakukan dewasa ini!

8 Contohnya, Abraham hanya dapat menyembah Tuhan di padang belantara dengan menggunakan mazbah yang dibina daripada batu. Tetapi bayangkanlah betapa gembiranya Abraham jika dia dapat menyembah Tuhan bersama rakan seiman di Dewan Perjumpaan yang selesa dan di konvensyen, dan mendengar penjelasan yang terperinci tentang janji-janji Tuhan yang hanya dilihatnya “dari jauh” sebelum ini. (Baca Ibrani 11:13.) Elia pula menyembah Yehuwa di bawah pemerintahan seorang raja yang murtad dan dia ditugaskan untuk menghukum nabi-nabi Baal yang jahat. Tetapi bayangkanlah betapa gembiranya Elia jika dia ditugaskan untuk mengunjungi orang dalam keadaan yang aman dan menyampaikan mesej yang membawa harapan. Ya, jika orang yang setia pada zaman Bible dapat hidup dewasa ini, mereka pasti amat menghargai peluang untuk menyembah Yehuwa.

9 Oleh itu, marilah kita terus meniru teladan mereka dan menguatkan iman kita melalui perbuatan kita. Dengan demikian, kita akan lebih mengenali mereka, dan mereka akan menjadi sahabat kita. Pada masa depan, kita akan berpeluang untuk mengukuhkan lagi persahabatan itu.

10. Apakah harapan cerah yang menantikan kita di Firdaus?

10 Terus meneguhkan harapan kita. Lelaki dan wanita yang setia selalu meraih kekuatan daripada harapan yang dijanjikan Tuhan. Adakah anda juga berbuat demikian? Contohnya, bayangkanlah perasaan anda sewaktu anda berjumpa dengan para penyembah Tuhan yang telah dibangkitkan. (Baca Kisah 24:15.) Apakah soalan yang akan anda tanyakan kepada mereka?

11, 12. Di dunia baharu, apakah soalan-soalan yang ingin anda tanyakan kepada (a) Habel? (b) Nuh? (c) Abraham? (d) Rut? (e) Abigail? (f) Ester?

11 Jika anda berjumpa dengan Habel, anda boleh bertanya tentang ibu bapanya, atau tentang kerub-kerub yang mengawal jalan masuk ke Taman Eden. Jika anda bertemu dengan Nuh, anda boleh bertanya, “Adakah kamu takut kepada orang Nefilim? Bagaimanakah kamu menjaga semua binatang dalam bahtera?” Jika anda berjumpa dengan Abraham, anda boleh bertanya, “Pernahkah kamu berjumpa dengan Sem? Siapakah yang mengajar kamu tentang Yehuwa? Adakah mudah untuk meninggalkan Ur?”

12 Jika anda berjumpa dengan para wanita yang setia yang telah dibangkitkan, anda boleh bertanya, “Rut, apakah yang menggerakkan kamu untuk menyembah Yehuwa?” “Abigail, adakah kamu takut semasa memberitahu Nabal bahawa kamu telah membantu Daud?” “Ester, apakah yang berlaku kepada kamu dan Mordekhai setelah kisah dalam Bible itu selesai?”

13. (a) Apakah soalan-soalan yang mungkin ingin ditanyakan oleh orang yang telah dibangkitkan? (b) Apakah perasaan anda tentang harapan untuk berjumpa dengan mereka?

13 Tetapi mereka pun mungkin ada banyak soalan bagi anda. Anda boleh memberitahu mereka tentang apa yang berlaku pada hari-hari terakhir, atau bagaimana Yehuwa memberkati umat-Nya pada waktu itu. Mereka pasti terharu apabila mengetahui bagaimana Yehuwa menunaikan semua janji-Nya. Di Firdaus, kita tidak perlu lagi membayangkan kisah hidup watak-watak Bible itu kerana kita akan hidup bersama mereka! Oleh itu, berusahalah untuk meniru iman mereka agar anda dapat berjumpa dengan mereka pada masa depan. Semoga anda dapat terus menyembah Yehuwa bersama mereka buat selama-lamanya!

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi