PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • jy bab 23 ms. 60-ms. 61 per. 5
  • Yesus Melakukan Mukjizat di Kapernaum

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Yesus Melakukan Mukjizat di Kapernaum
  • Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Bahan yang Berkaitan
  • Meluaskan Kerja Penyebaran di Galilea
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Yesus Menyembuhkan Seorang Budak yang Dirasuk
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
jy bab 23 ms. 60-ms. 61 per. 5
Orang sakit dibawa ke rumah Petrus, dan Yesus menyembuhkan mereka

BAB 23

Yesus Melakukan Mukjizat di Kapernaum

MATIUS 8:14-17 MARKUS 1:21-34 LUKAS 4:31-41

  • YESUS MENGUSIR ROH JAHAT

  • IBU MENTUA PETRUS DISEMBUHKAN

Yesus telah menjemput Petrus, Andreas, Yakobus, dan Yohanes, untuk menjadi penjala manusia. Sekarang ialah hari Sabat, maka mereka pergi ke rumah ibadat di Kapernaum, dan Yesus mula mengajar orang di situ. Mereka kagum dengan cara dia mengajar, kerana dia mengajar sebagai seorang yang berwibawa dan bukan seperti para jurutulis hukum.

Pada masa itu, terdapat seorang lelaki di rumah ibadat yang dirasuk roh jahat. Dia berteriak, “Apa kena-mengena kami denganmu, hai Yesus orang Nasaret? Adakah kamu datang untuk membinasakan kami? Aku tahu siapa kamu. Kamu Hamba Suci Tuhan!” Yesus menegur roh jahat itu dan berkata, “Diamlah, dan keluarlah daripada orang ini!”​—Markus 1:24, 25.

Roh jahat itu membuat lelaki tersebut menggigil dan terkejang-kejang. Roh jahat itu kemudiannya menjerit dengan sekuat hati lalu keluar “tanpa mencederakannya.” (Lukas 4:35) Orang di situ sangat hairan dan mula berbincang sesama sendiri. Mereka berkata, “Apakah ajaran baharu ini? Dia berkuasa untuk mengusir roh-roh jahat dan mereka patuh kepadanya.” (Markus 1:27) Dengan cepat, berita tentang kejadian ini tersebar luas ke seluruh Galilea.

Selepas itu, mereka meninggalkan rumah ibadat lalu pergi ke rumah Petrus. Pada masa itu, ibu mentua Petrus menderita kerana demam panas, maka mereka meminta Yesus membantu dia. Yesus menghampiri ibu mentua Petrus lalu memegang tangannya dan membantunya bangun. Demamnya pun hilang dan dia mula melayani mereka, mungkin dengan menyediakan makanan untuk mereka.

Semasa matahari terbenam, orang sakit dari semua tempat dibawa ke rumah Petrus untuk disembuhkan oleh Yesus. Dia meletakkan tangannya ke atas setiap orang dan “menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.” (Lukas 4:40) Ya, tepat seperti yang dinubuatkan, Yesus telah membantu orang yang menghidap pelbagai jenis penyakit. (Yesaya 53:4) Dia bahkan mengusir roh-roh jahat daripada orang yang dirasuk. Semasa roh-roh jahat itu keluar, mereka akan berteriak, “Kamu Anak Tuhan.” (Lukas 4:41) Tetapi Yesus menegur roh-roh jahat itu dan tidak mengizinkan mereka untuk mengatakan apa-apa. Mereka tahu bahawa dia ialah Kristus, tetapi dia tidak mahu orang lain mendapat tanggapan salah bahawa roh-roh jahat itu menyembah Tuhan yang benar.

DIRASUK ROH JAHAT

Apabila roh-roh jahat merasuk orang, mereka suka membuat orang itu menderita. (Matius 17:14-18) Selepas roh-roh jahat itu diusir, orang itu akan sihat semula. Yesus telah banyak kali mengusir roh-roh jahat dengan bantuan kuasa suci Tuhan.​—Lukas 8:39; 11:20.

  • Apakah yang berlaku di rumah ibadat di Kapernaum pada hari Sabat?

  • Selepas Yesus meninggalkan rumah ibadat, dia pergi ke mana? Apakah yang dilakukannya di sana?

  • Apakah reaksi penduduk kota selepas mengetahui bahawa Yesus menyembuhkan ibu mentua Petrus?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi