PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • jy bab 36 ms. 92-ms. 93 per. 7
  • Pegawai Tentera yang Beriman

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Pegawai Tentera yang Beriman
  • Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Bahan yang Berkaitan
  • Adakah Maklumat dalam Bible Bercanggahan?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • Tahukah Anda?
    Menara Pengawal—2015
Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
jy bab 36 ms. 92-ms. 93 per. 7
Seorang pegawai tentera melihat hambanya yang sakit tenat; para pemimpin orang Yahudi datang kepada Yesus

BAB 36

Pegawai Tentera yang Beriman

MATIUS 8:5-13 LUKAS 7:1-10

  • HAMBA SEORANG PEGAWAI TENTERA DISEMBUHKAN

  • ORANG YANG BERIMAN AKAN DIBERKATI

Para pemimpin orang Yahudi datang kepada Yesus

Selepas menyampaikan Ceramah Di Atas Gunung, Yesus pergi ke Kapernaum. Di situ, para pemimpin orang Yahudi datang kepadanya. Mereka telah diutus oleh seorang pegawai tentera Roma.

Pegawai tentera itu mempunyai seorang hamba yang sangat disayanginya. Hamba itu sakit tenat dan hampir meninggal. Pegawai itu bukan orang Yahudi, tetapi dia ingin meminta bantuan Yesus. Para pemimpin orang Yahudi memberitahu Yesus bahawa hamba pegawai itu “sangat menderita. Dia terlantar di rumah dan tidak dapat bergerak.” (Matius 8:6) Mereka cuba meyakinkan Yesus bahawa pegawai itu layak menerima bantuannya. Mereka berkata, “Dia mengasihi bangsa kita dan membina rumah ibadat di sini.”​—Lukas 7:4, 5.

Semasa Yesus hampir tiba di rumah pegawai itu, sahabat-sahabatnya keluar untuk berjumpa dengan Yesus

Maka Yesus pergi ke rumah pegawai itu bersama mereka. Semasa dia hampir tiba, pegawai itu menghantar sahabat-sahabatnya untuk berkata kepadanya, “Tuan, usahlah datang ke rumahku, kerana aku tidak layak menyambut Tuan ke dalam rumahku. Itulah sebabnya aku tidak datang dan berjumpa dengan Tuan.” (Lukas 7:6, 7) Pegawai itu begitu rendah hati! Dia juga amat berbeza daripada orang Roma lain yang melayan hamba mereka dengan kejam.​—Matius 8:9.

Pegawai itu sedar bahawa orang Yahudi tidak berurusan dengan orang bukan Yahudi. (Kisah 10:28) Maka dia meminta sahabat-sahabatnya untuk berkata kepada Yesus, “Perintahkanlah sahaja, tentu hambaku akan sembuh.”​—Lukas 7:7.

Yesus kagum dengan kata-katanya lalu memberitahu orang di situ, “Aku berkata kepada kamu: Bahkan di Israel pun aku belum pernah menjumpai sesiapa yang mempunyai iman sebesar iman orang ini.” (Lukas 7:9) Apabila mereka kembali ke rumah pegawai itu, mereka mendapati bahawa hamba itu sudah sembuh.

Kemudian Yesus menggunakan kesempatan itu untuk menyatakan bahawa orang bukan Yahudi yang beriman akan diberkati. Dia berkata, “Ramai orang dari timur dan barat akan datang lalu duduk dan makan bersama-sama Abraham, Ishak, dan Yakub dalam Kerajaan di syurga.” Bagaimana pula dengan orang Yahudi yang tidak beriman? Yesus berkata bahawa mereka “akan dibuang ke dalam kegelapan di luar. Di sana mereka akan menangis dan menggertakkan gigi.”​—Matius 8:11, 12.

Tuhan telah menawarkan peluang untuk menyertai “Kerajaan di syurga” dan memerintah bersama Kristus kepada orang Yahudi terlebih dahulu. Tetapi jika mereka menolak peluang ini, Tuhan akan memberikannya kepada orang bukan Yahudi.

  • Mengapakah para pemimpin orang Yahudi merayu Yesus agar menyembuhkan hamba seorang pegawai tentera Roma?

  • Mengapakah pegawai itu tidak menjemput Yesus ke dalam rumahnya?

  • Apakah peluang yang diberikan kepada orang bukan Yahudi?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi