PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • jy bab 68 ms. 162-ms. 163 per. 7
  • Anak Tuhan ialah “Cahaya Dunia”

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Anak Tuhan ialah “Cahaya Dunia”
  • Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Bahan yang Berkaitan
  • Yesus dan Bapa Satu—Apakah Maksudnya?
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Bapa Mereka ialah Abraham atau Si Iblis?
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Menyambut Perayaan Pondok Daun di Yerusalem
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Adakah Orang Yahudi Akan Beriman kepada Tuhan?
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
Lihat Selanjutnya
Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
jy bab 68 ms. 162-ms. 163 per. 7
Yesus mengajar di Rumah Tuhan pada waktu malam

BAB 68

Anak Tuhan ialah “Cahaya Dunia”

YOHANES 8:12-36

  • YESUS MENJELASKAN SIAPA ITU ANAK TUHAN

  • ORANG YAHUDI IALAH HAMBA

Pada hari terakhir Perayaan Pondok Daun, Yesus mengajar “berdekatan peti-peti sumbangan” di Rumah Tuhan. (Yohanes 8:20; Lukas 21:1) Peti-peti itu mungkin terletak di Halaman Kaum Wanita.

Di halaman itu, terdapat empat buah kaki pelita yang besar, dan setiap kaki pelita itu mempunyai empat besen besar yang berisi minyak. Pada waktu malam perayaan, halaman itu lebih terang daripada biasa. Kata-kata Yesus yang berikut mengingatkan pendengarnya tentang pelita-pelita itu: “Akulah cahaya dunia. Sesiapa yang mengikut aku tidak akan berjalan dalam kegelapan sama sekali, tetapi akan mendapat cahaya yang memberikan kehidupan.”​—Yohanes 8:12.

Orang Farisi tidak bersetuju dengan kata-kata Yesus. Mereka berkata, “Kamu memberikan kesaksian tentang dirimu sendiri. Jadi kesaksianmu tidak benar.” Yesus menjawab, “Meskipun aku memberikan kesaksian tentang diriku sendiri, kesaksianku benar, kerana aku tahu dari mana aku datang dan ke mana aku akan pergi. Namun kamu tidak tahu dari mana aku datang dan ke mana aku akan pergi.” Dia menambah, “Lagipun ada tertulis dalam Hukum kamu, ‘Jika dua orang memberikan kesaksian, kesaksian itu benar.’ Aku memberikan kesaksian tentang diriku, dan Bapa yang mengutus aku juga memberikan kesaksian tentang diriku.”​—Yohanes 8:13-18.

Maka orang Farisi bertanya, “Di manakah Bapamu?” Yesus menjawab, “Kamu tidak mengenal aku ataupun Bapaku. Jika kamu mengenal aku, kamu akan mengenal Bapaku juga.” (Yohanes 8:19) Mereka mahu menangkap Yesus, tetapi tiada orang yang berani berbuat demikian.

Yesus mengulangi kata-katanya, “Aku akan pergi, dan kamu akan mencari aku. Namun, kamu akan mati dalam dosa kamu. Kamu tidak boleh datang ke tempat yang akan aku pergi.” Orang Yahudi langsung tidak memahami kata-kata Yesus, maka mereka berkata, “Dia berkata, ‘Kamu tidak boleh datang ke tempat yang akan aku pergi.’ Adakah dia ingin membunuh diri?” Mereka tidak tahu bahawa Yesus berasal dari syurga. Oleh itu, Yesus menjelaskan, “Kamu berasal dari bawah tetapi aku berasal dari atas. Kamu berasal dari dunia ini tetapi aku tidak berasal dari dunia ini.”​—Yohanes 8:21-23.

Yesus sedang menyatakan bahawa dia pernah hidup di syurga, dan bahawa dia ialah Mesias, atau Kristus, yang dinanti-nantikan oleh mereka. Biarpun begitu, mereka berkata dengan sombong, “Siapakah kamu?”​—Yohanes 8:25.

Mereka menolak Yesus dan menentangnya, maka Yesus berkata, “Buat apa aku bercakap dengan kamu?” Tetapi dia masih memuliakan Bapanya dan menjelaskan mengapa mereka patut mematuhi Anak Tuhan. Dia berkata, “Sebenarnya, apa sahaja yang aku katakan merupakan apa yang aku dengar daripada Dia yang mengutus aku ke dunia, dan firman-Nya sentiasa benar.”​—Yohanes 8:25, 26.

Kemudian Yesus menunjukkan bahawa dia yakin kepada Bapanya dengan berkata, “Setelah kamu menggantungkan Anak Manusia, kamu akan tahu bahawa akulah dia, dan aku tidak melakukan apa-apa mengikut kehendakku sendiri. Sebaliknya, apa yang aku katakan semuanya diajar oleh Bapa. Dia yang mengutus aku menyertai aku. Dia tidak membiarkan aku sendirian, kerana aku selalu melakukan apa yang menyenangkan hati-Nya.”​—Yohanes 8:28, 29.

Tetapi ada sebilangan orang Yahudi yang percaya kepada Yesus, maka dia berkata kepada mereka, “Jika kamu sentiasa mematuhi ajaranku, kamu benar-benar ialah muridku. Kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan membebaskan kamu.”​—Yohanes 8:31, 32.

Kata-kata Yesus tentang pembebasan membuat sesetengah orang hairan. Mereka berkata, “Kami keturunan Abraham. Kami tidak pernah menjadi hamba sesiapa pun. Mengapakah Guru berkata, ‘Kamu akan dibebaskan’?” Orang Yahudi tahu bahawa mereka pernah ditakluki bangsa asing, tetapi mereka tidak mahu dikenali sebagai hamba. Maka sekarang Yesus memberikan penjelasan yang selanjutnya dengan berkata, “Sesungguhnya aku berkata kepada kamu: Setiap orang yang berbuat dosa ialah hamba dosa.”​—Yohanes 8:33, 34.

Orang Yahudi enggan mengakui bahawa mereka ialah hamba dosa. Jadi Yesus memberikan amaran kepada mereka dengan berkata, “Seorang hamba tidak berada dalam rumah tangga tuannya buat selama-lamanya, tetapi anak akan berada dalam rumah tangga buat selama-lamanya.” (Yohanes 8:35) Seorang hamba tidak berhak untuk mewarisi harta dan boleh dihalau bila-bila masa sahaja. Tetapi seorang anak atau anak angkat akan berada dalam rumah tangga itu selagi dia masih hidup.

Maka kebenaran tentang Anak Tuhan dapat membebaskan orang daripada dosa dan kematian buat selama-lamanya. Yesus berkata, “Jika Anak membebaskan kamu, kamu benar-benar bebas.”​—Yohanes 8:36.

  • Gambarkan suasana di halaman Rumah Tuhan pada waktu malam perayaan. Kaitkan hal ini dengan ajaran Yesus.

  • Apakah asal usul Yesus? Siapakah dia sebenarnya?

  • Jelaskan mengapa orang Yahudi ialah hamba. Apakah kebenaran yang dapat membebaskan mereka?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi