PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 6 ms. 20-ms. 21 per. 5
  • Lapan Orang Terselamat

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Lapan Orang Terselamat
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • Bahtera Nuh
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Banjir yang Besar
    Buku Cerita Bible Saya
  • Nuh Membina Sebuah Bahtera
    Buku Cerita Bible Saya
  • Pelangi yang Pertama
    Buku Cerita Bible Saya
Lihat Selanjutnya
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 6 ms. 20-ms. 21 per. 5
Hujan mula turun dengan lebat sehingga bahtera pun mula terapung

CERITA 6

Lapan Orang Terselamat

Nuh, keluarganya, dan binatang-binatang, keluar dari bahtera

Yehuwa menutup pintu bahtera selepas Nuh sekeluarga dan binatang-binatang masuk ke dalamnya. Hujan turun dengan lebat sehingga bahtera mula terapung. Seluruh bumi ditenggelami air dan semua orang yang berada di luar bahtera mati. Hanya Nuh dan keluarganya yang terselamat. Dapatkah adik bayangkan betapa gembiranya mereka kerana mematuhi perintah Yehuwa?

Hujan turun dengan lebat selama 40 hari dan 40 malam. Kemudian, hujan berhenti dan air mula surut. Akhirnya, bahtera mendarat di atas sebuah gunung. Tetapi, paras air masih tinggi. Jadi, Nuh dan keluarganya tidak dapat keluar dari bahtera.

Lama-kelamaan, air semakin surut. Setelah Nuh sekeluarga berada di dalam bahtera selama lebih daripada setahun, Yehuwa menyuruh mereka untuk keluar. Kini, tiada lagi orang jahat di bumi. Alangkah gembiranya mereka kerana Yehuwa telah menyelamatkan mereka semua! Oleh itu, mereka mempersembahkan korban kepada Yehuwa.

Pelangi

Yehuwa gembira dengan pemberian Nuh. Tuhan berjanji bahawa Dia tidak akan mendatangkan banjir untuk memusnahkan bumi lagi. Maka, Yehuwa menempatkan pelangi yang pertama di langit sebagai tanda perjanjian-Nya. Pernahkah adik melihat pelangi?

Yehuwa juga memberitahu Nuh dan keluarganya untuk beranak cucu dan memenuhi seluruh bumi.

“Mereka tidak ambil peduli, sehingga Banjir melanda dan melenyapkan mereka semua.”​—Matius 24:39

Soalan: Apakah yang berlaku selepas Yehuwa menutup pintu bahtera? Apakah yang harus kita ingat apabila melihat pelangi?

Kejadian 7:1–9:17

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi