PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 69 ms. 164-ms. 165 per. 2
  • Gabriel Melawat Maria

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Gabriel Melawat Maria
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • Malaikat Melawat Maria
    Buku Cerita Bible Saya
  • Yesus Dimuliakan Sebelum Lahir
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • “Aku Hamba Perempuan Yehuwa!”
    Tirulah Iman Mereka
  • Maria Hamil tetapi Belum Berkahwin
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
Lihat Selanjutnya
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 69 ms. 164-ms. 165 per. 2
Malaikat Gabriel melawat Maria

CERITA 69

Gabriel Melawat Maria

Satu malaikat muncul kepada Yusuf dalam mimpi

Ahli keluarga Elisabet, iaitu Maria, tinggal di kota Nasaret di Galilea. Maria sudah bertunang dengan seorang tukang kayu yang bernama Yusuf. Semasa Elisabet mengandung enam bulan, malaikat Gabriel melawat Maria. Dia berkata, “Salam sejahtera, Maria. Tuhan sangat senang hati denganmu.” Maria tidak memahami maksud kata-katanya. Malaikat itu berkata lagi, “Kamu akan mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki. Kamu harus namakannya Yesus. Dia akan jadi Raja, dan Kerajaannya akan kekal selama-lamanya.”

Maria berkata, “Saya masih dara. Jadi, bagaimana hal ini boleh berlaku?” Gabriel menjawab, “Tiada yang mustahil bagi Yehuwa. Kuasa suci Tuhan akan datang ke atasmu dan kamu akan melahirkan seorang anak. Saudarimu Elisabet yang sudah tua pun dapat mengandung.” Maria pun berkata, “Saya hamba perempuan Yehuwa! Semoga semuanya berlaku seperti yang tuan katakan.”

Yusuf mengahwini Maria yang sedang mengandung

Selepas itu, Maria pergi melawat Elisabet. Selepas Maria mengucapkan salam kepada Elisabet, anak dalam rahim Elisabet melonjak. Elisabet dipenuhi dengan kuasa suci Tuhan. Dia berkata, “Maria, Yehuwa telah memberkatimu. Saya gembira kerana ibu Mesias telah datang untuk melawatku.” Maria berkata, “Saya memuji Yehuwa dengan sepenuh hati.” Maria tinggal bersama Elisabet selama tiga bulan. Selepas itu, dia pulang ke rumahnya di Nasaret.

Setelah Yusuf mengetahui bahawa Maria mengandung, dia tidak ingin berkahwin dengannya. Tetapi malaikat Tuhan muncul kepadanya dalam mimpi dan berkata, “Janganlah takut untuk mengahwini Maria. Dia tidak melakukan apa-apa yang salah.” Jadi, Yusuf pun berkahwin dengan Maria.

“Yehuwa melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya, di langit dan di bumi.”​—Mazmur 135:6

Soalan: Apakah yang dikatakan Gabriel mengenai anak Maria? Apakah perasaan Elisabet dan Maria apabila mengetahui tentang hal-hal yang bakal berlaku kepada mereka?

Matius 1:18-25; Lukas 1:26-56; Yesaya 7:14; 9:7; Daniel 2:44; Galatia 4:4

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi