PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 70 ms. 166-ms. 167 per. 2
  • Malaikat Mengumumkan Kelahiran Yesus

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Malaikat Mengumumkan Kelahiran Yesus
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • Kelahiran Yesus—Bila dan Di Mana?
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Yesus Dilahirkan dalam Kandang
    Buku Cerita Bible Saya
  • Maria Menyimpannya dalam Hati
    Tirulah Iman Mereka
  • Pertanyaan Pembaca
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2023
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 70 ms. 166-ms. 167 per. 2
Para malaikat mengumumkan kelahiran Yesus kepada para gembala

CERITA 70

Malaikat Mengumumkan Kelahiran Yesus

Pemerintah Roma, iaitu Kaisar Agustus, memerintahkan agar semua orang Yahudi kembali ke tempat asal mereka untuk mendaftarkan diri. Maka Yusuf dan Maria berangkat ke Betlehem, kampung halaman Yusuf. Ketika itu, masanya sudah hampir tiba bagi Maria untuk bersalin.

Di Betlehem, mereka tidak dapat mencari tempat tinggal. Jadi, mereka pun bermalam di sebuah kandang. Di situlah Maria melahirkan anaknya Yesus. Dia membalut Yesus dengan kain dan meletakkannya di dalam sebuah palung.

Tidak jauh dari Betlehem, terdapat para gembala yang sedang menjaga bebiri di padang pada waktu malam. Tiba-tiba, satu malaikat berdiri di hadapan mereka, dan kemuliaan Yehuwa memancar di sekeliling mereka. Mereka sangat takut, tetapi malaikat itu berkata, “Jangan takut. Saya ada berita baik. Hari ini, Mesias telah lahir di Betlehem.” Kemudian, banyak malaikat muncul di langit sambil berkata, “Terpujilah Tuhan di syurga, dan semoga orang di bumi mendapat kedamaian.” Kemudian, para malaikat tidak kelihatan lagi. Apakah reaksi para gembala?

Mereka berkata, “Marilah kita pergi ke Betlehem.” Mereka pergi dengan segera lalu menjumpai Maria, Yusuf, dan Yesus yang baru dilahirkan, di sebuah kandang.

Semua orang berasa hairan apabila gembala-gembala itu memberitahu mereka tentang apa yang dikatakan oleh para malaikat. Maria berfikir dengan mendalam tentang apa yang telah dikatakan mereka, dan dia tidak melupakannya. Kemudian, semua gembala itu pulang sambil mengucapkan syukur kepada Tuhan.

“Aku diutus oleh Tuhan ke sini. Aku tidak datang dengan kehendakku sendiri, tetapi Dialah yang mengutus aku.”​—Yohanes 8:42

Soalan: Bagaimanakah para malaikat mengumumkan kelahiran Yesus? Siapakah yang dijumpai oleh para gembala di Betlehem?

Lukas 2:1-20; Yesaya 9:6

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi