PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lfb cerita 83 ms. 194-ms. 195 per. 1
  • Yesus Memberi Banyak Orang Makanan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Yesus Memberi Banyak Orang Makanan
  • Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Bahan yang Berkaitan
  • Memberikan Makanan kepada Ribuan Orang
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Roti yang Disediakan Secara Mukjizat
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2024
  • Yesus Memberi Banyak Orang Makanan
    Buku Cerita Bible Saya
  • Perjamuan Yesus yang Terakhir
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
Lihat Selanjutnya
Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
lfb cerita 83 ms. 194-ms. 195 per. 1
Para rasul mengedarkan makanan kepada orang ramai

CERITA 83

Yesus Memberi Banyak Orang Makanan

Sekarang sudah tahun 32 M. Perayaan Paska akan disambut tidak lama lagi. Para rasul Yesus baru kembali selepas menginjil di pelbagai tempat. Mereka sangat penat, jadi Yesus membawa mereka ke Betsaida untuk berehat. Apabila perahu mereka menghampiri pinggir tasik, ribuan orang sedang menunggu di sana. Mereka telah mengikut Yesus dan murid-muridnya. Walaupun Yesus ingin berehat, dia tidak menghalau mereka. Sebaliknya, dia menyambut mereka dengan ramah dan menyembuhkan orang sakit. Sepanjang hari, Yesus mengajar mereka tentang Kerajaan Tuhan. Apabila hari mula senja, para rasul berkata kepadanya, “Mereka mesti sangat lapar. Suruhlah mereka pergi makan dulu.”

Seorang budak lelaki memberi Yesus sebuah bakul yang berisi roti dan ikan

Tetapi Yesus berkata, “Mereka tidak perlu pergi. Kamu berilah mereka makanan.” Para rasul pun bertanya, “Guru mahu kami membeli roti untuk mereka?” Salah seorang rasul yang bernama Filipus berkata, “Walaupun kita ada wang, kita tidak mampu beli roti untuk semua orang.”

Yesus pun bertanya, “Berapa banyak makanan yang kita ada?” Andreas menjawab, “Kita ada lima ketul roti dan dua ekor ikan. Tapi, itu tidak mencukupi.” Yesus berkata, “Bawalah makanan itu kepadaku.” Kemudian, dia menyuruh semua orang untuk duduk secara berkumpulan, kira-kira 50 orang dan 100 orang dalam setiap kumpulan. Yesus mengambil roti dan ikan itu lalu memandang ke langit dan berdoa. Selepas itu, para rasulnya mula mengedarkan makanan itu. Sebanyak 5,000 orang lelaki serta semua wanita dan kanak-kanak makan sehingga kenyang. Setelah itu, para rasul mengumpulkan baki makanan supaya tidak membazir. Baki makanan itu telah mengisi 12 buah bakul! Bukankah ini suatu mukjizat yang hebat?

Semua orang berasa kagum dan ingin menjadikan Yesus sebagai raja. Tetapi, Yesus tahu bahawa ini bukanlah masa baginya untuk menjadi raja. Selepas semua orang pulang, para rasulnya menyeberangi Tasik Galilea. Yesus pula pergi ke sebuah gunung seorang diri. Mengapa? Dia ingin berdoa kepada Bapanya. Biarpun Yesus sangat sibuk, dia masih meluangkan masa untuk berdoa.

“Janganlah kamu bekerja untuk makanan yang akan basi, tetapi bekerjalah untuk mendapat makanan yang kekal dan yang membawa kehidupan kekal. Anak Manusia akan memberi kamu makanan ini.”​—Yohanes 6:27

Soalan: Bagaimanakah Yesus menunjukkan bahawa dia mengasihi orang? Berdasarkan kisah ini, apakah yang kita pelajari tentang Yehuwa?

Matius 14:14-22; Lukas 9:10-17; Yohanes 6:1-15

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi