Pengenalan kepada Bahagian 3
Selepas Banjir, Bible hanya mencatatkan beberapa nama penyembah Yehuwa. Antaranya ialah Abraham, yang dikenali sebagai sahabat Yehuwa. Mengapakah dia dipanggil sebagai sahabat Yehuwa? Jika anda ialah seorang ibu atau bapa, jelaskan bahawa Yehuwa mengambil berat terhadap anak anda dan Dia ingin membantunya. Seperti Abraham, Lot, Yakub, dan orang lain yang setia, kita juga dapat meminta bantuan Yehuwa pada bila-bila masa. Kita boleh yakin bahawa Yehuwa akan menunaikan setiap janji-Nya.