PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w13 15/9 ms. 32
  • Pertanyaan Pembaca

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Pertanyaan Pembaca
  • Menara Pengawal—2013
  • Bahan yang Berkaitan
  • Harapan Sebenar bagi Orang Kesayangan yang Telah Mati
    Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
  • Yesus Membangkitkan Lazarus
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Orang Mati Akan Hidup Semula!
    Apakah yang Diajarkan Bible?
  • Harapan bagi Orang yang Telah Mati​—Pembangkitan
    Menara Pengawal—2014
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal—2013
w13 15/9 ms. 32

PERTANYAAN PEMBACA

Mengapakah Yesus menangis sebelum Lazarus dibangkitkan seperti yang tercatat di Yohanes 11:35?

Biasanya, kita akan menangis apabila orang yang tersayang meninggal kerana kita merindui mereka. Yesus juga menangis semasa sahabatnya yang dikasihi meninggal. Tetapi dia menitiskan air mata atas sebab lain. Menurut buku Yohanes, Yesus menangis kerana dia bersimpati terhadap keluarga dan sahabat Lazarus yang berkabung.—Yoh. 11:36.

Sewaktu menerima berita bahawa Lazarus sakit, Yesus tidak bergegas ke sisi katil Lazarus untuk menyembuhkannya. Bible berkata, ‘Ketika Yesus menerima khabar bahawa Lazarus sakit, dia sengaja tinggal di tempat itu dua hari lagi.’ (Yoh. 11:6) Mengapakah Yesus berlengah-lengah? Dia berkata, ‘Penyakit ini tidak akan menyebabkan kematian Lazarus; hal ini berlaku untuk memuliakan Tuhan. Melalui hal ini Anak Tuhan akan dimuliakan.’ (Yoh. 11:4) Penyakit “tidak akan menyebabkan kematian Lazarus,” sebaliknya akan ‘memuliakan Tuhan.’ Bagaimana? Yesus akan melakukan satu mukjizat yang menakjubkan dengan membangkitkan sahabatnya daripada kematian.

Sewaktu Yesus berbincang dengan murid-muridnya tentang hal ini, dia menyamakan kematian dengan tidur. Itulah sebabnya Yesus memberitahu murid-muridnya bahawa dia ‘akan pergi membangunkan Lazarus.’ (Yoh. 11:11) Bagi Yesus, membangkitkan Lazarus daripada kematian sama seperti seorang ibu atau bapa yang membangunkan anaknya daripada tidur. Oleh itu, Yesus tidak bersedih atas kematian Lazarus.

Jadi, apakah yang menggerakkan Yesus untuk menangis? Sekali lagi, Bible memberikan jawapan. Apabila Yesus melihat adik Lazarus, Maria, sedang menangis bersama orang lain, dia “sedih hati dan terharu.” Keperitan mereka menggerakkan ‘Yesus untuk menangis.’ Hati Yesus amat pilu kerana sahabat-sahabatnya yang dikasihi berdukacita.—Yoh. 11:33, 35.

Catatan ini menunjukkan bahawa di dunia baru nanti, Yesus mempunyai kuasa untuk membangkitkan orang yang kita kasihi supaya mereka dapat hidup dengan sihat. Catatan ini juga menunjukkan bahawa Yesus memahami perasaan mereka yang telah kehilangan orang tersayang. Selain itu, kita juga belajar bahawa kita patut bersimpati terhadap mereka yang berkabung atas kematian orang yang disayangi.

Yesus tahu bahawa dia akan membangkitkan Lazarus. Tetapi, dia masih menangis kerana dia amat mengasihi dan bersimpati terhadap sahabat-sahabatnya. Perasaan ini juga patut menggerakkan kita untuk ‘menangis dengan mereka yang menangis.’ (Rm. 12:15) Meluahkan perasaan pilu tidak bermaksud bahawa kita kurang yakin terhadap harapan pembangkitan. Meskipun Yesus akan membangkitkan Lazarus, dia masih meluahkan perasaannya dengan menitiskan air mata. Dia sememangnya telah menetapkan teladan yang baik dalam menunjukkan rasa simpati kepada orang yang berkabung.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi