PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp17 No. 4 ms. 16
  • Apakah Ajaran Bible?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apakah Ajaran Bible?
  • Menara Pengawal (Umum)—2017
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Dapatkah Bible Membantu Anda Menangani Kekhuatiran?
  • Adakah kekhuatiran akan dilenyapkan?
  • Lemparkanlah Segala Kekhuatiran kepada Yehuwa
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
  • Kekhuatiran Kaum Lelaki—Bagaimana Bible Dapat Membantu
    Topik-Topik Lain
  • Bagaimanakah Saya Dapat Mengatasi Perasaan Khuatir?
    Kaum Muda Bertanya
  • Cara Menangani Kekhuatiran
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2022
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal (Umum)—2017
wp17 No. 4 ms. 16
Sebuah keluarga di Firdaus

Di bawah pemerintahan Kerajaan Tuhan, manusia akan “menikmati kebahagiaan dan kedamaian yang berlimpah-limpah.”​—Mazmur 37:11, NW.

Apakah Ajaran Bible?

Dapatkah Bible Membantu Anda Menangani Kekhuatiran?

Apakah jawapan anda?

  • Ya

  • Tidak

  • Mungkin

Jawapan Bible

“Lemparkanlah segala kekhuatiran kamu kepada Tuhan, kerana Dia mengambil berat tentang kamu.” (1 Petrus 5:7) Bible menjamin bahawa Tuhan dapat membantu mengurangkan kekhuatiran anda.

Hal lain yang kita pelajari daripada Bible

  • Dengan berdoa, anda dapat merasai “kesejahteraan daripada Tuhan” dan berasa lebih tenteram.​—Filipi 4:6, 7.

  • Selain itu, dengan membaca Firman Tuhan, anda dapat menangani tekanan hidup.​—Matius 11:28-30.

Adakah kekhuatiran akan dilenyapkan?

Sesetengah orang percaya . . . bahawa kekhuatiran dan tekanan ialah lumrah hidup, manakala yang lain percaya bahawa kita hanya akan mendapat kelegaan selepas meninggal. Apakah pendapat anda?

Jawapan Bible

Tuhan akan melenyapkan hal-hal yang membuat kita khuatir. “Kematian tidak akan ada lagi. Ratapan, tangisan, dan kesakitan pun tidak akan ada lagi.”​—Wahyu 21:4.

Hal lain yang kita pelajari daripada Bible

  • Di bawah pemerintahan Kerajaan Tuhan, manusia akan hidup aman dan damai.​—Yesaya 32:18.

  • Kekhuatiran dan tekanan yang membebani kita akan dilenyapkan.​—Yesaya 65:17.

Untuk maklumat lanjut, sila lihat bab 3 buku Apakah Sebenarnya Ajaran Bible? yang diterbitkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa

Juga terdapat di www.pr418.com/ms

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi