PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp17 No. 6 ms. 3
  • “Itulah Hadiah Terbaik yang Pernah Saya Terima”

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • “Itulah Hadiah Terbaik yang Pernah Saya Terima”
  • Menara Pengawal (Umum)—2017
  • Bahan yang Berkaitan
  • Mencari Hadiah yang Terbaik
    Menara Pengawal (Umum)—2017
  • Kurniaan Tuhan yang Terunggul—Mengapakah Begitu Bernilai?
    Menara Pengawal (Umum)—2017
  • Kurniaan yang Tiada Tandingnya
    Menara Pengawal (Umum)—2017
  • Pengenalan
    Menara Pengawal (Umum)—2017
Menara Pengawal (Umum)—2017
wp17 No. 6 ms. 3
Seorang gadis bersama seekor anjing, seorang wanita memegang komputer, dan seorang lelaki yang memegang kad ulang tahun perkahwinan

TOPIK UTAMA | APAKAH HADIAH YANG TERBAIK?

“Itulah Hadiah Terbaik yang Pernah Saya Terima”

Itulah perasaan seorang gadis yang berumur 13 tahun semasa dihadiahkan seekor anjing. Seorang usahawan wanita mengatakan bahawa komputer yang diberikan ayahnya ketika dia di sekolah menengah merupakan hadiah yang mengubah hidupnya. Seorang suami berasa bahawa kad ulang tahun perkahwinan pertama yang dibuat isterinya ialah hadiah terbaik yang pernah diterimanya.

Setiap tahun, ramai orang menghabiskan masa dan tenaga untuk mencari hadiah yang akan membuat penerimanya berkata, “Inilah hadiah terbaik yang pernah saya terima.” Bagaimana pula dengan anda? Inginkah anda memberikan atau menerima sebuah hadiah yang benar-benar dihargai?

Sebuah hadiah yang istimewa bukan sahaja menggembirakan penerimanya, malah dapat membawa sukacita kepada pemberinya. Bible menyatakan, “Lebih berbahagia memberi daripada menerima.” (Kisah 20:35) Sudah pasti, jika sesebuah hadiah amat dihargai oleh penerima, pemberi hadiah itu akan lebih gembira lagi.

Bagaimanakah anda dapat memberikan hadiah yang akan mendatangkan sukacita kepada diri anda dan si penerima? Jika anda tidak dapat memberikan hadiah yang “terbaik,” apakah yang dapat dilakukan agar hadiah anda dihargai?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi