PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w19 November ms. 31
  • Tahukah Anda?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Tahukah Anda?
  • Menara Pengawal (Pembelajaran)—2019
  • Bahan yang Berkaitan
  • Merancang Masa Depan dengan Bijaksana
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Jadilah Hamba yang Dapat Dipercayai!
    Menara Pengawal—2012
  • Hamba yang Setia Sentiasa Berjaga-jaga!
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
Menara Pengawal (Pembelajaran)—2019
w19 November ms. 31
Seorang pengurus rumah tangga di Mesir kuno sedang menyelia kerja para buruh

Tahukah Anda?

Apakah tugas pengurus rumah tangga pada zaman Bible?

PADA zaman Bible, seorang pengurus rumah tangga akan menyelia rumah tangga atau harta benda tuannya.

Semasa Yusuf anak Yakub menjadi hamba di Mesir, dia dilantik sebagai pengurus rumah tangga, dan tuannya “mempercayakan semua yang dimilikinya kepada Yusuf.” (Kej. 39:2-6) Kemudian, semasa Yusuf menjadi penguasa di Mesir, dia melantik seorang hamba untuk mengurus rumah tangganya.​—Kej. 44:4.

Pada zaman Yesus, pemilik tanah biasanya tinggal di kota, manakala tanah mereka terletak di desa. Jadi, mereka akan melantik pengurus rumah tangga untuk menyelia para pekerja buruh yang mengusahakan ladang.

Siapakah yang layak menjadi pengurus rumah tangga? Columella, seorang penulis Roma pada abad pertama, menyatakan bahawa hamba yang dilantik sebagai penyelia atau pengurus rumah tangga haruslah “seorang yang berpengalaman” dalam kerja di ladang. Pengurus itu juga harus “dapat memastikan bahawa para pekerja menjalankan tugas mereka, tetapi pada masa yang sama, tidak melayan mereka dengan kejam.” Columella menambah, “Yang terpenting, dia harus rajin belajar dan tidak berfikir bahawa dia sudah tahu segala-galanya.”

Dalam Firman Tuhan, contoh pengurus rumah tangga digunakan untuk menggambarkan sesetengah kegiatan dalam sidang. Sebagai contoh, Rasul Petrus menggalakkan orang Kristian agar menggunakan kebolehan yang dikurniakan oleh Tuhan “untuk berkhidmat kepada satu sama lain sebagai pengurus rumah tangga yang baik, yang menerima kebaikan hati Tuhan yang unggul.”​—1 Ptr. 4:10, nota kaki.

Yesus pernah menyebut contoh pengurus rumah tangga dalam perumpamaannya di Lukas 16:1-8. Semasa menubuatkan tanda kehadirannya sebagai Raja, Yesus berkata bahawa dia akan melantik seorang “hamba yang setia dan bijaksana” atau “pengurus rumah tangga yang setia,” untuk terus menyediakan makanan rohani bagi para pengikutnya sepanjang hari-hari terakhir. (Mat. 24:45-47; Luk. 12:42, nota kaki) Kini, pengurus rumah tangga yang setia itu menyediakan makanan rohani dan mengedarkannya di seluruh dunia. Tidakkah kita bersyukur atas pemberian itu?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi