Simpan
Apakah Pandangan Saya terhadap Pecahan Kecil Darah dan Kaedah Rawatan yang Melibatkan Penggunaan Darah Saya?
Bible memerintahkan orang Kristian supaya “tidak makan [“menjauhi”, NW] . . . darah.” (Kis. 15:20) Maka, Saksi-Saksi Yehuwa tidak menerima transfusi darah utuh atau transfusi empat komponen darah yang utama—iaitu sel darah merah, sel darah putih, platlet, dan plasma. Mereka juga tidak menderma atau menyimpan darah sendiri untuk tujuan transfusi.—Im. 17:13, 14; Kis. 15:28, 29.
Apakah itu pecahan-pecahan kecil darah? Mengapakah orang Kristian mesti membuat keputusan peribadi sama ada untuk menerima atau menolak penggunaan pecahan-pecahan kecil darah?
Pecahan-pecahan kecil darah ialah unsur-unsur daripada darah yang diekstrak melalui proses yang dinamakan fraksinasi (fractionation). Contohnya, plasma, iaitu salah satu daripada empat komponen darah yang utama boleh dibahagikan kepada unsur-unsur berikut: kira-kira 91 peratus air; kira-kira 7 peratus protein (seperti albumin, globulin, dan fibrinogen); dan kira-kira 1.5 peratus unsur-unsur lain (seperti nutrien, hormon, gas-gas, vitamin, bahan kumuhan, dan elektrolit).
Adakah perintah untuk menjauhi darah juga merangkumi penggunaan pecahan-pecahan kecil darah? Kami tidak dapat memberikan jawapan yang tuntas. Bible tidak memberi arahan spesifik tentang penggunaan pecahan-pecahan kecil darah.a Sudah tentu, banyak pecahan kecil darah dihasilkan daripada darah yang telah diderma untuk tujuan perubatan. Setiap orang Kristian harus membuat keputusan berdasarkan hati nurani masing-masing yang dilatih oleh prinsip-prinsip Bible, sama ada untuk menerima atau menolak penggunaan bahan-bahan ini dalam rawatan perubatan.
Semasa anda membuat keputusan, renungkanlah soalan-soalan berikut: Adakah saya sedar bahawa jika saya memilih untuk menolak semua pecahan kecil darah, saya sebenarnya menolak sesetengah ubat yang boleh melawan virus dan penyakit, atau yang membantu dalam proses pembekuan darah supaya pendarahan dihentikan? Dapatkah saya menjelaskan kepada doktor sebab-sebab saya menerima atau menolak penggunaan sesetengah pecahan kecil darah?
Mengapakah sesetengah kaedah rawatan yang melibatkan penggunaan darah saya merupakan keputusan peribadi?
Orang Kristian tidak menderma atau menyimpan darah sendiri untuk tujuan transfusi. Namun, sesetengah kaedah rawatan atau ujian perubatan yang melibatkan penggunaan darah seseorang tidak bercanggahan dengan prinsip-prinsip Bible secara langsung. Oleh itu, setiap individu haruslah membuat keputusan berdasarkan hati nuraninya yang dilatih oleh prinsip-prinsip Bible, sama ada untuk menerima atau menolak sesetengah kaedah rawatan yang melibatkan penggunaan darahnya sendiri.
Semasa membuat keputusan, tanyalah diri anda soalan-soalan berikut: Jika darah saya disalur keluar daripada tubuh saya, dan jika peredaran darah saya mungkin terganggu untuk suatu jangka masa, adakah hati nurani saya membenarkan saya untuk menganggap bahawa darah ini masih sebahagian tubuh saya, dan dengan demikian tidak perlu ‘dicurahkan ke tanah’? (Ul. 12:23, 24) Adakah hati nurani saya yang dilatih oleh Bible akan terganggu jika semasa rawatan dijalankan, ahli perubatan mengeluarkan darah saya, mengubah kandungannya, lalu mengembalikannya ke dalam tubuh saya? Adakah saya sedia maklum bahawa jika saya menolak semua kaedah rawatan perubatan yang melibatkan penggunaan darah saya, saya sebenarnya menolak kaedah rawatan seperti dialisis atau penggunaan mesin jantung paru-paru? Sudahkah saya berdoa tentang hal ini sebelum membuat keputusan?b
Apakah keputusan peribadi saya?
Sila rujuk kedua-dua lembaran kertas kerja pada muka surat berikutnya. Kertas Kerja 1 menyenaraikan beberapa pecahan kecil darah yang diekstrak daripada darah dan bagaimana pecahan-pecahan kecil ini digunakan secara lazimnya dalam rawatan perubatan. Tandakan pilihan anda sama ada anda akan menerima atau menolak penggunaan pecahan-pecahan kecil darah tersebut. Kertas Kerja 2 menyenaraikan beberapa kaedah rawatan yang melibatkan penggunaan darah anda yang biasanya diamalkan oleh ahli perubatan. Tandakan pilihan anda yang menunjukkan sama ada anda akan menerima atau menolak kaedah-kaedah rawatan ini. Kertas-kertas kerja ini bukanlah dokumen sah, tetapi anda boleh menggunakan pilihan anda dalam kertas kerja ini sebagai rujukan semasa melengkapkan kad “Arahan Penjagaan Kesihatan” (Health Care Directive) anda.
Anda harus membuat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi oleh hati nurani orang lain. Demikian juga, tiada sesiapa pun boleh mengkritik keputusan saudara atau saudari Kristian yang lain. Semasa membuat keputusan sebegini, “tiap-tiap orang harus memikul tanggungjawab masing-masing.”—Gal. 6:4, 5.
[Nota kaki]
a Maklumat yang berguna tentang subjek ini boleh didapati dalam majalah pembelajaran (E), 15 Jun 2004, muka surat 29-31.
b Maklumat yang berguna berkaitan dengan subjek ini boleh didapati dalam majalah pembelajaran (E), 15 Oktober 2000, muka surat 30-31 dan juga Alternatif Transfusi—Siri Dokumentari—Dalam Bentuk DVD (Transfusion Alternatives—Documentary Series—On DVD).
[Carta pada muka surat 7]
Kertas Kerja 1
TIDAK DITERIMA KEPUTUSAN PERIBADI ANDA
OLEH ORANG PECAHAN KECIL DARAH
KRISTIAN
DARAH Pilihan yang
UTUH Harus Anda Buat
PLASMA ALBUMIN—SEHINGGA 4%
DARIPADA PLASMA
Sejenis protein yang diekstrak
daripada plasma. Pelbagai jenis
albumin juga didapati dalam
tumbuhan, dalam makanan
seperti telur dan susu, dan
dalam susu ibu. Adakalanya,
albumin yang diambil daripada
darah digunakan dalam cecair .. Saya menerima albumin
pengembang isi padu (volume atau
expanders) untuk merawat
renjatan dan luka terbakar yang .. Saya menolak albumin
parah. Cecair-cecair ini mungkin
mengandungi sehingga 25 peratus
albumin. Kuantiti kecil albumin juga
digunakan dalam perumusan
ubat-ubatan yang lain, termasuk
sesetengah perumusan
eritropoietin (EPO).
IMMUNOGLOBULIN—SEHINGGA 3%
DARIPADA PLASMA
Pecahan-pecahan protein yang
mungkin digunakan dalam sesetengah
ubat untuk melawan pelbagai jenis .. Saya menerima
virus dan penyakit, seperti difteria, immunoglobulin
kancing gigi (tetanus), hepatitis yang atau
disebabkan oleh jangkitan virus, dan .. Saya menolak
penyakit anjing gila (rabies). immunoglobulin
Pecahan-pecahan ini juga digunakan
untuk mengelakkan sesetengah keadaan
perubatan yang akan mengancam nyawa
janin dan juga mengurangkan kesan
buruk bisa ular atau labah-labah.
FAKTOR PEMBEKUAN DARAH
—KURANG DARIPADA 1% PLASMA
Terdapat pelbagai jenis protein yang
membantu proses pembekuan darah bagi .. Saya menerima faktor
menghentikan pendarahan. Sesetengah pembekuan yang
protein ini diberikan kepada dihasilkan daripada
pesakit-pesakit yang mudah mengalami darah
pendarahan. Protein-protein ini juga atau
digunakan dalam pelekat perubatan .. Saya menolak faktor
(medical glue) untuk menutup luka pembekuan yang
dan menghentikan pendarahan selepas dihasilkan daripada
pembedahan. Salah satu gabungan faktor darah
pembekuan darah dikenali sebagai
kriopresipitat (cryoprecipitate).
Nota: Kini, sesetengah faktor
pembekuan darah dihasilkan daripada
sumber yang tidak melibatkan
penggunaan darah.
SEL DARAH HEMOGLOBIN
MERAH —33% DARIPADA SEL DARAH MERAH
Sejenis protein yang mengangkut oksigen
ke seluruh badan dan karbon dioksida .. Saya menerima
ke peparu. Produk-produk yang hemoglobin
dihasilkan daripada hemoglobin manusia atau
atau binatang boleh digunakan untuk .. Saya menolak
merawat pesakit yang menghidap penyakit hemoglobin
anemia yang teruk atau mengalami
pendarahan yang banyak.
HEMATIN—KURANG DARIPADA
2% SEL DARAH MERAH
Sejenis penghalang enzim yang diambil
daripada hemoglobin yang digunakan .. Saya menerima
untuk merawat penyakit genetik darah hematin
yang jarang ditemui (dikenali sebagai atau
penyakit kencing biru atau porphyria). .. Saya menolak
Penyakit kencing biru mengganggu hematin
sistem pencernaan, sistem saraf, dan
sistem peredaran.
SEL DARAH PUTIH INTERFERON—PECAHAN SEL
DARAH PUTIH YANG SANGAT KECIL
Protein-protein yang melawan jangkitan
virus dan penyakit barah yang .. Saya menerima
tertentu. Kebanyakan interferon tidak interferon yang
dihasilkan daripada darah. Sesetengah dihasilkan daripada
pula dihasilkan daripada darah
pecahan-pecahan kecil sel darah putih atau
manusia.
PLATLET Buat masa ini, tidak ada pecahan-pecahan .. Saya menolak
kecil daripada platlet yang diasingkan interferon yang
untuk kegunaan langsung dalam rawatan dihasilkan daripada
perubatan. darah
[Carta pada muka surat 8]
KERTAS KERJA 2
KEPUTUSAN PERIBADI ANDA
KAEDAH RAWATAN YANG MELIBATKAN PENGGUNAAN DARAH ANDA
*Nota: Setiap pakar perubatan menggunakan kaedah yang berbeza untuk setiap rawatan yang berikut. Anda harus meminta doktor anda untuk menjelaskan dengan teliti langkah-langkah yang terlibat dalam rawatan yang dicadangkan olehnya. Dengan berbuat demikian, anda dapat memastikan bahawa apa-apa rawatan yang akan anda terima adalah selaras dengan prinsip-prinsip Bible dan juga dengan hati nurani anda yang dilatih oleh Bible.
NAMA RAWATAN TUJUAN Pilihan yang
Perlu Anda Buat
(Anda digalakkan untuk
berbincang dengan
doktor anda sebelum
menerima atau
menolak mana-mana
kaedah ini.)
CELL SALVAGE Mengurangkan kehilangan
(PENYELAMATAN SEL) darah.
Semasa pembedahan,
darah akan dikumpulkan
daripada luka atau rongga
badan. Darah tersebut akan .. Saya menerima
dibersihkan atau ditapis dan, ..Saya mungkin menerima*
kemungkinannya dalam proses ..Saya menolak
yang berterusan, darah ini
akan dikembalikan kepada
pesakit.
HEMODILUTION Mengurangkan kehilangan darah.
(PENCAIRAN DARAH) Semasa pembedahan, darah
disalurkan ke dalam beg dan
cecair pengembang isi padu
bukan darah (non-blood volume
expander) akan disalurkan ke .. Saya menerima
dalam badan. Oleh sebab darah .. Saya mungkin menerima*
pesakit dicairkan, sel darah .. Saya menolak
merah yang hilang semasa
pembedahan dapat dikurangkan.
Semasa atau pada akhir
pembedahan, darah yang telah
disalurkan ke dalam beg akan
dikembalikan ke dalam tubuh
pesakit.
HEART-LUNG MACHINE Mengekalkan peredaran darah.
(MESIN JANTUNG DAN Darah disalurkan ke dalam mesin .. Saya menerima
PARU-PARU) jantung dan paru-paru tiruan dan .. Saya mungkin menerima*
dioksigenkan lalu dikembalikan .. Saya menolak
ke dalam tubuh pesakit.
DIALYSIS (DIALISIS) Berfungsi sebagai organ. Dalam
hemodialisis, darah beredar melalui
sebuah mesin yang menapis .. Saya menerima
dan membersihkan darah .. Saya mungkin menerima*
tersebut sebelum dikembalikan .. Saya menolak
ke dalam tubuh pesakit.
EPIDURAL BLOOD PATCH Menghentikan kebocoran cecair
(TAMPALAN DARAH EPIDURA) tulang belakang. Sedikit darah
pesakit disuntik ke dalam
membran di sekeliling saraf .. Saya menerima
tunjang. Tampalan darah epidura .. Saya mungkin menerima*
digunakan untuk menutup bahagian .. Saya menolak
yang mengalami kebocoran
cecair tulang belakang.
PLASMAPHERESIS Merawat penyakit.
(PLASMAFERESIS) Darah dikeluarkan dan ditapis
untuk menyingkirkan plasma. .. Saya menerima
Pengganti plasma diberikan dan .. Saya mungkin menerima*
darah itu dikembalikan ke dalam .. Saya menolak
tubuh pesakit. Sesetengah doktor
mungkin memilih untuk menggunakan
plasma orang lain sebagai pengganti
plasma pesakit. Jika demikian,
pilihan ini bukan untuk orang
Kristian.
LABELING OR TAGGING Mendiagnosis atau merawat penyakit.
(PELABELAN) Sedikit darah pesakit dikeluarkan,
dicampurkan dengan ubat, kemudian .. Saya menerima
dikembalikan kepada pesakit. Jangka .. Saya mungkin menerima*
waktu darah berada di luar tubuh .. Saya menolak
pesakit adalah berbeza bagi setiap
pesakit.
PLATELET GEL Menutup luka, mengurangkan pendarahan.
(GEL PLATLET); Darah dikeluarkan dan dijadikan
AUTOLOGOUS (AUTOLOGUS) larutan pekat yang kaya dengan platlet .. Saya menerima
(BERERTI “DIBUAT dan sel darah putih. Larutan ..Saya mungkin menerima*
DARIPADA DARAH ANDA pekat ini digunakan di kawasan .. Saya menolak
SENDIRI”) pembedahan atau pada luka.
Nota: Sesetengah perumusan mungkin
menggunakan faktor pembekuan yang
dihasilkan daripada darah lembu.