PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 6/07 ms. 1
  • Terus ‘Berbuah dengan Lebat’

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Terus ‘Berbuah dengan Lebat’
  • Kerja Teokratik Kita—2007
  • Bahan yang Berkaitan
  • Menghasilkan Buah dan Menjadi Sahabat Yesus
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Pertanyaan Pembaca
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2020
  • Yehuwa Mengasihi Orang yang “Membuahkan Hasil dengan Tabah”
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2018
Kerja Teokratik Kita—2007
km 6/07 ms. 1

Terus ‘Berbuah dengan Lebat’

1 Dengan menggunakan kata-kata simbolik, Yesus mengibaratkan dirinya sebagai pokok anggur yang sejati, Bapanya sebagai Peladang Anggur, dan pengikutnya yang diurapi daya aktif Tuhan sebagai carang-carang yang berbuah. Ketika Yesus menjelaskan kerja Peladang Anggur yang simbolik itu, dia telah memberi penekanan akan pentingnya untuk terus berpaut erat kepada pokok anggur. (Yoh. 15:​1-4) Pengajaran yang boleh diambil ialah setiap orang yang mempunyai perhubungan peribadi yang rapat dengan Yehuwa mestilah menjadi seperti carang-carang yang berbuah lebat pada “pokok anggur yang sejati,” iaitu Yesus Kristus. Kita mesti terus menghasilkan buah daya aktif Tuhan dan buah Kerajaan dengan lebat.​—Gal. 5:​22, 23; Mat. 24:14; 28:​19, 20.

2 Buah Daya Aktif Tuhan: Satu cara kemajuan rohani kita boleh diukur adalah dengan melihat sejauh mana kita memperlihatkan buah daya aktif Tuhan. Adakah anda berikhtiar untuk memupuk buah daya aktif Tuhan melalui pembelajaran dan perenungan Firman Tuhan secara tetap? (Flp. 1:​9-11) Jangan teragak-agak untuk memohon daya aktif Tuhan membantu anda untuk menghasilkan sifat-sifat yang dapat memuliakan Yehuwa dan untuk terus membuat kemajuan rohani.​—Luk. 11:13; Yoh. 13:⁠35.

3 Memupuk buah daya aktif Tuhan juga akan membantu kita untuk menjadi penyebar yang lebih bersemangat. Misalnya, kasih dan kepercayaan menggerakkan kita untuk meluangkan masa dalam aktiviti penyebaran dengan tetap walaupun kita sibuk dengan aktiviti harian kita. Sifat-sifat seperti kedamaian, kepanjangsabaran, kebaikan hati, kelemahlembutan, dan kawalan diri dapat membantu kita untuk bertindak dengan bijak apabila berhadapan dengan penentang. Kegembiraan membolehkan kita mendapat kepuasan daripada aktiviti penyebaran kita walaupun orang tidak responsif.

4 Buah Kerajaan Tuhan: Kita juga ingin menghasilkan buah kerajaan Tuhan. Hal ini merangkumi “puji-pujian sebagai korban kepada [Yehuwa],” iaitu buah-buah bibir yang membuat pengumuman di khalayak ramai. (Ibr. 13:15) Kita melakukan hal ini dengan menyerantakan berita baik dengan semangat yang berkobar-kobar dan dengan taat setia. Adakah anda sedang berikhtiar untuk menghasilkan lebih banyak buah kerajaan Tuhan dengan meningkatkan keberkesanan anda dalam aktiviti penyebaran?

5 Yesus menunjukkan bahawa pengikutnya yang setia akan menghasilkan kuantiti buah yang berbeza. (Mat. 13:23) Oleh itu, kita tidak patut membandingkan diri kita dengan orang lain. Sebaliknya, kita patut memberikan yang terbaik kepada Yehuwa. (Gal. 6:⁠4) Meneliti situasi peribadi kita dengan jujur berasaskan Firman Tuhan akan membantu kita untuk terus memuliakan Yehuwa dengan “berbuah lebat.”​—Yoh. 15:⁠8.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi