Cara Menawarkan Majalah Tempatan
br808 How Well Do You Know Your Children?
“Sudah pasti anda akan bersetuju bahawa zaman remaja amatlah mencabar, baik bagi remaja mahupun ibu bapa mereka. Pada pendapat anda, adakah ibu bapa dapat memainkan peranan mereka dengan lebih baik jikalau mereka mengikut nasihat ini? [Baca Yakobus 1:19. Kemudian izinkan maklum balas.] Anda akan mendapati bahawa cadangan praktikal yang berdasarkan Bible dalam majalah ini amat berguna.”
br809 How Can You Make Your Marriage a Success?
“Dewasa ini, semakin ramai orang yang menunjukkan minat terhadap hiburan yang berkaitan dengan alam roh. Pada pendapat anda, adakah penglibatan diri dengan alam roh sesuatu yang berbahaya? [Izinkan maklum balas. Kemudian baca Ulangan 18:10-12.] Rencana ini menunjukkan pandangan Bible tentang bahayanya melibatkan diri dengan alam roh.” Tunjukkan rencana yang bermula pada muka surat 10.