PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 11/08 ms. 1
  • Kita Memiliki Harta Bernilai untuk Dikongsikan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Kita Memiliki Harta Bernilai untuk Dikongsikan
  • Kerja Teokratik Kita—2008
  • Bahan yang Berkaitan
  • Biarlah Hatimu Tertumpu kepada Harta Rohani
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2017
  • Hargailah Kurniaan-Kurniaan yang Tidak Dapat Dilihat
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2020
  • Kaum Muda, Teguhkanlah Hubungan Anda dengan Yehuwa
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2018
Kerja Teokratik Kita—2008
km 11/08 ms. 1

Kita Memiliki Harta Bernilai untuk Dikongsikan

1 Firman Tuhan melimpah dengan harta-harta rohani yang kita hargai. (Mzm. 12:7; 119:​11, 14) Pernah suatu kali, Yesus menggunakan beberapa perumpamaan untuk menggambarkan pelbagai aspek Kerajaan Tuhan. Kemudian dia bertanya kepada murid-muridnya, “Fahamkah kamu akan perkara-perkara ini?” Setelah mereka menjawab, “Kami faham,” Yesus berkata pula, “Oleh itu setiap guru Taurat yang telah menerima ajaran tentang Pemerintahan [Tuhan], bagaikan pemilik rumah yang mengeluarkan benda [atau harta] baru dan benda [atau harta] lama dari stornya.”​—Mat. 13:​1-52.

2 Semasa kita mula-mula mempelajari Bible, kebenaran yang kita peroleh boleh diibaratkan sebagai harta yang lama. Dengan terus mempelajari secara peribadi perkara-perkara yang dalam daripada Firman Tuhan, kita menemui kebenaran Bible yang lain, yang bagaikan harta baru. (1 Kor. 2:⁠7) Selain itu, ‘hamba yang setia dan bijaksana’ membantu kita memahami maklumat baru yang juga merupakan harta baru.​—Mat. 24:⁠45.

3 Kita menjunjung tinggi harta-harta rohani ini, baik yang baru mahupun yang lama. Oleh itu, kita digerakkan untuk berusaha menerima latihan dan menimba pengalaman sebagai guru Firman Tuhan. Hasilnya, kita dapat berkongsi dengan orang lain kebenaran berharga yang telah kita pelajari.

4 Teladan yang Diberikan oleh Yesus: Yesus sangat menghargai harta-harta ini. Dia berusaha tanpa mengenal penat untuk berkongsi harta-harta ini dengan orang lain. Biarpun semasa letih, dia tidak henti mengeluarkan harta daripada “stornya.”​—Yoh. 4:​6-14.

5 Yesus mengasihi mereka yang serba kekurangan dari segi rohani. Oleh itu, dia terdorong untuk berkongsi dengan mereka kebenaran daripada Tuhan yang merupakan harta yang memberikan kehidupan kekal. (Mzm. 72:13) Dia berasa kasihan terhadap mereka yang lapar secara rohani dan digerakkan untuk “mengajarkan banyak perkara kepada mereka.”​—Mrk. 6:⁠34.

6 Meniru Yesus: Apakah yang akan kita lakukan apabila kita menjunjung tinggi harta yang kita miliki? Seperti Yesus, kita sangat ingin membuka Bible dan menunjukkan permata rohani di dalamnya kepada orang lain. (Ams. 2:​1-5) Meskipun kita kadangkala berasa letih, kita akan benar-benar bersemangat semasa bercakap tentang kebenaran dalam Bible. (Mrk. 6:34) Oleh sebab kita amat menghargai harta ini, hati kita akan tergerak untuk berusaha sedaya upaya agar dapat menyertai aktiviti penyebaran dengan sepenuhnya.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi