PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 11/08 ms. 3
  • Kotak Pertanyaan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Kotak Pertanyaan
  • Kerja Teokratik Kita—2008
  • Bahan yang Berkaitan
  • Apakah yang Berlaku semasa Perkahwinan Saksi-Saksi Yehuwa?
    Soalan Lazim
  • Elakkan Sikap Dunia semasa Merancang Perkahwinan
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2019
Kerja Teokratik Kita—2008
km 11/08 ms. 3

Kotak Pertanyaan

◼ Jika bakal pengantin ingin mengadakan perkahwinan di Dewan Perjumpaan, apakah hal-hal yang perlu dibincangkan dengan para penatua?

Perkahwinan yang diadakan selaras dengan prinsip-prinsip Bible memuliakan Yehuwa, terutamanya perkahwinan yang diadakan di Dewan Perjumpaan, kerana program-program yang diadakan di situ memberi gambaran kepada orang ramai tentang organisasi kita. Bagi memastikan semuanya “dilakukan dengan baik dan teratur,” bakal pengantin perlu berbincang dengan para penatua tempatan jika mereka ingin mengadakan perkahwinan di Dewan Perjumpaan.​—1 Kor. 14:⁠40.

Pasangan yang ingin mengadakan perkahwinan di Dewan Perjumpaan patut menyurati salah sebuah sidang yang menggunakan dewan tersebut. Surat itu perlu diberikan seawal yang mungkin kepada jawatankuasa sidang tersebut dan patut menyatakan tarikh dan masa mereka ingin menggunakan Dewan Perjumpaan. Mereka perlu ingat bahawa para penatua tidak akan mengubah jadual perjumpaan untuk perkahwinan mereka. Selain itu, pengantin perempuan dan lelaki mesti mempunyai nama yang baik, iaitu hidup selaras dengan prinsip-prinsip Bible dan mengikut piawaian Yehuwa yang adil benar.

Bagi memastikan perkahwinan mereka memuliakan Yehuwa, pasangan itu harus membincangkan aturan perkahwinan dengan jawatankuasa sidang sebelum membuat keputusan. Meskipun para penatua tidak akan menghendaki agar cadangan peribadi mereka dituruti, pasangan itu harus membuat perubahan jika terdapat aturan yang tidak sesuai. Hanya muzik yang dipetik daripada Kingdom Melodies atau daripada buku nyanyian kita boleh digunakan. Jika mereka ingin menghiasi Dewan Perjumpaan atau menyusun kerusi dalam cara tertentu, mereka mesti mendapat persetujuan juga. Jika ada yang mengambil gambar atau membuat rakaman video, hal ini perlu dilakukan tanpa terlalu menjejaskan upacara perkahwinan sehingga merendahkan kemuliaan peristiwa itu. Para penatua boleh mengizinkan latihan atau raptai untuk diadakan di Dewan Perjumpaan selagi tidak mengganggu aturan sidang yang lain. Kad undangan tidak patut dipaparkan pada papan kenyataan. Namun, para penatua boleh mengaturkan supaya pengumuman yang ringkas dibuat semasa Perjumpaan Aktiviti Penyebaran untuk memaklumkan saudara saudari tentang perkahwinan yang akan diadakan di Dewan Perjumpaan.

Pengapit, pengiring, dan mereka yang membantu dalam aturan perkahwinan di Dewan Perjumpaan tidak semestinya terdiri daripada penyiar yang telah dibaptiskan. Namun, adalah tidak wajar untuk menggunakan individu-individu yang cara hidup mereka bercanggahan dengan prinsip-prinsip Bible secara melampau, atau yang kelakuan mereka akan menimbulkan persoalan dalam hati para hadirin. Seboleh-bolehnya, ceramah perkahwinan patut disampaikan oleh seorang penatua. Penatua merupakan pengajar Firman Tuhan yang mahir. Oleh itu, mereka paling layak untuk menyoroti prinsip-prinsip Bible yang sesuai dengan peristiwa penting ini.​—1 Tim. 3:⁠2.

Oleh sebab sesebuah perkahwinan melibatkan nama baik penatua yang akan memberikan ceramah perkahwinan, dia juga perlu dimaklumkan tentang aturan-aturan perkahwinan. Dia akan bertemu dengan pasangan itu untuk mengetahui tentang kelakuan moral mereka semasa berpacaran. Pada masa itu, mereka patut bersikap jujur dan terus terang dengannya. Jika salah seorang daripada pasangan itu pernah berkahwin, dia harus menunjukkan bahawa penceraiannya sebelum ini adalah berdasarkan Bible dan dia bebas untuk berkahwin secara sah di sisi undang-undang. (Mat. 19:⁠9) Dia juga perlu menunjukkan penatua tersebut salinan sijil perceraiannya yang sah.

Apabila pasangan itu berkomunikasi dengan terbuka dan memberikan kerjasama penuh dengan para penatua, perkahwinan itu akan menjadi peristiwa yang menggembirakan bagi semua.​—Ams. 15:22; Ibr. 13:⁠17.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi