PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 7/09 ms. 1
  • Dapatkah Anda Memperluas Khidmat Anda?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Dapatkah Anda Memperluas Khidmat Anda?
  • Kerja Teokratik Kita—2009
Kerja Teokratik Kita—2009
km 7/09 ms. 1

Dapatkah Anda Memperluas Khidmat Anda?

1. Apakah keadaan mendesak yang wujud dalam kerja penyebaran? Mengapa?

1 Yesus telah memerhatikan bahawa ramai orang berminat terhadap berita baik tentang Kerajaan Tuhan. Oleh itu, dia menyuruh murid-muridnya, “Berdoalah kepada pemilik tuaian . . . supaya menghantar pekerja untuk mengumpulkan tuaian.” (Mat. 9:37, 38) Kerja kita sangat mendesak, lebih-lebih lagi pada masa kini yang merupakan detik-detik terakhir musim menuai. Hal ini bererti bahawa kita harus berdoa dan memikirkan bagaimana kita dapat meningkatkan penglibatan dalam kerja penyebaran.—Yoh. 14:13, 14.

2. Bagaimanakah sesetengah orang telah menyahut seruan yang meminta lebih ramai orang untuk menyertai kerja menuai?

2 Khidmat yang Diperluas: Dengan bantuan dan bimbingan Yehuwa, ramai mendapati bahawa mereka dapat menceburi khidmat perintis. (Mzm. 26:2, 3; Flp. 4:6) Ada yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk berkhidmat sebagai perintis sokongan sekurang-kurangnya sekali setahun. Hal ini merupakan cara yang baik untuk memperluas aktiviti penyebaran mereka. Kebahagiaan yang diraih daripada menyertai khidmat ini telah mendorong ramai antara mereka untuk mempertimbangkan khidmat perintis biasa.—Kis. 20:35.

3. Jika anda pernah menjadi perintis sebelum ini, apakah yang boleh anda pertimbangkan sekarang?

3 Dapatkah Anda Menyertai Khidmat Perintis Sekali Lagi?: Jika anda pernah berkhidmat sebagai seorang perintis, sudah tentu terdapat kenangan manis yang tersemat di hati sanubari anda. Sudahkah anda berdoa dan mempertimbangkan sama ada anda mungkin dapat menjadi seorang perintis sekali lagi? Keadaan yang menyebabkan anda berhenti berkhidmat sebagai perintis mungkin tidak lagi menjadi batu penghalang. Mungkin kini masanya untuk anda menikmati peluang istimewa ini sekali lagi.—1 Yoh. 5:14, 15.

4. Apakah peluang istimewa yang terbuka kepada kita?

4 Kerja menuai sedang giat dijalankan dan akan tamat tidak lama lagi. (Yoh. 4:35, 36) Semoga kita masing-masing meneliti keadaan kita sekarang bagi menentukan sama ada kita boleh mengatur jadual agar dapat meningkatkan penglibatan dalam kerja penyebaran. Jika keadaan benar-benar tidak mengizinkan kita untuk memperluas khidmat kita, dapatkah kita mencari jalan untuk menjadi lebih berkesan dalam kerja penyebaran? (Mrk. 12:41-44) Namun, jika keadaan sekarang mengizinkan kita untuk digunakan oleh Yehuwa dalam kerja istimewa ini, kita sememangnya mempunyai peluang yang sangat unik!—Mzm. 110:3.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi