PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 12/09 ms. 1
  • Khabarkan Berita Baik dengan Tekun!

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Khabarkan Berita Baik dengan Tekun!
  • Kerja Teokratik Kita—2009
  • Bahan yang Berkaitan
  • Kekalkanlah Perasaan Mendesak
    Menara Pengawal—2012
  • Cara untuk Memupuk Perasaan Mendesak terhadap Aktiviti Penyebaran
    Kerja Teokratik Kita—2014
  • Bagaimanakah Kerja Penyebaran Dijalankan?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
Kerja Teokratik Kita—2009
km 12/09 ms. 1

Khabarkan Berita Baik dengan Tekun!

1. Apakah gesaan Paulus yang begitu penting pada zaman kita?

1 ‘Khabarkan berita daripada Tuhan dan sentiasa bertekun untuk mengisytiharkannya.’ (2 Tim. 4:2) Mengapakah gesaan Paulus begitu penting pada zaman kita? Bagaimanakah kata-kata ini mempengaruhi kehidupan kita dan kehidupan orang lain?

2. Mengapakah kita berusaha dengan tekun untuk mencari mereka yang tidak pernah mendengar berita baik?

2 Nyawa Orang Terlibat: Jutaan orang di serata dunia masih belum mendengar berita baik yang boleh membawa penyelamatan. (Rm. 10:13-15; 1 Tim. 4:16) Ramai yang berhati jujur masih ditemui di kawasan penyebaran yang sering dikunjungi. Jika kita mengunjungi kawasan tersebut pada hari atau waktu yang berbeza, kita mungkin dapat menemui orang yang berlainan. Dengan rajin berusaha untuk mencari mereka, kita akan memperoleh hati nurani yang bersih dan bebas daripada hutang darah.—Kis. 20:26.

3. Bagaimanakah kita dapat menggunakan masa dengan bijak semasa bergiat dalam aktiviti penyebaran?

3 Meskipun menghadapi tentangan yang hebat, orang Kristian abad pertama telah ‘menyebarkan ajaran mereka ke seluruh Yerusalem.’ (Kis. 5:28) Seperti mereka, adakah kita juga berazam untuk ‘mengkhabarkan berita baik kepada semua orang’? (Kis. 10:42) Semasa bergiat dalam aktiviti penyebaran, adakah kita menggunakan masa dengan bijak? Ketika menunggu penyiar lain dalam kumpulan kita yang sedang membuat kunjungan kembali, adakah kita mencuba untuk memulakan perbualan dengan orang yang lalu di situ?

4. Bagaimanakah usaha menjalankan kerja penyebaran dengan tekun dapat membantu kita untuk tetap berjaga-jaga?

4 Mempertingkat Kepekaan Kita: Memandangkan akhir sistem ini sudah di ambang pintu, kita mesti tetap berwaspada dan terus berjaga-jaga. (1 Tes. 5:1-6) Apabila kita sering berbicara tentang harapan Kerajaan Tuhan, kita dibantu agar tidak dibebani oleh perkara-perkara duniawi. (Luk. 21:34-36) Seterusnya, seraya kita “berusaha sebaik-baiknya untuk mempercepat kedatangan” hari Yehuwa, kita terdorong untuk meningkatkan penglibatan dalam aktiviti penyebaran yang dapat menyelamatkan nyawa orang.—2 Ptr. 3:11, 12.

5. Bagaimanakah rasa hormat akan nyawa mendorong kita dalam kerja penyebaran?

5 Apabila kita mengkhabarkan berita baik dengan tekun dan dengan perasaan mendesak, kita mencerminkan pandangan Yehuwa terhadap nyawa manusia. “Dia tidak ingin sesiapa pun binasa. Dia mahu semua orang bertaubat daripada dosa.” (2 Ptr. 3:9; Yeh. 33:11) Semoga kita berazam untuk menemui seberapa banyak orang yang mungkin dalam kawasan penyebaran kita. Segala usaha kita membawa pujian kepada Yehuwa.—Mzm. 109:30.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi