Sudahkah Anda Bersedia untuk Bernyanyi kepada Yehuwa semasa Perjumpaan Kita?
1 Persediaan yang dibuat untuk mengambil bahagian semasa perjumpaan merangkumi persediaan untuk menyanyikan lagu puji-pujian. Perhatikan cadangan-cadangan yang berikut.
2 Menghayati Seni Kata Lagu: Ayat Bible yang menjadi tema dan ayat-ayat Bible tambahan di hujung setiap lagu menyoroti bahawa Bible merupakan dasar untuk seni kata lagu.
3 Berlatih: Semasa Penyembahan Keluarga setiap minggu, kita boleh meluangkan masa untuk berlatih menyanyikan lagu baru. Nyanyilah dengan iringan rakaman piano yang akan digunakan pada setiap perjumpaan.
4 Apabila kita mula menggunakan Nyanyilah kepada Yehuwa semasa Pembelajaran Majalah pada hujung minggu ini, adakah anda akan bersedia? Anda akan bersedia jika anda meluangkan masa untuk menghayati makna lagu-lagu ini dan berlatih menyanyikannya.